web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelajar Kolej Ditemukan Mati Di Rumah Keluarga, Disyaki Dibunuh

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2025 5:24PM

Wan Azlan Wan Mamat - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar wanita sebuah kolej disyaki dibunuh ditemukan tergantung pada kipas siling di ruang tamu tingkat dua rumah keluarganya di USJ 2/1, Subang Jaya, dekat sini Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada bapa mangsa pada 11.55 pagi yang menemukan anak perempuannya yang berusia lingkungan 20-an dalam keadaan sedemikian.

"Pemeriksaan awal di lokasi mendapati mangsa telah meninggal dunia dan bedah siasat dijalankan oleh pakar patologi Hospital Serdang.

"Punca kematian disahkan akibat pendarahan di sekeliling hyoid bone (tulang leher), manakala kecederaan pada otot dan tulang adalah kesan daripada manual strangulation (cekik)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa tinggal bersama kakak dan sepupunya, namun ketika kejadian pelajar itu berada di rumah seorang diri.

"Rumah terbabit adalah milik keluarga dan tiada kehilangan harta benda dilaporkan," katanya.

Wan Azlan berkata setakat ini belum ada sebarang tangkapan dilakukan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dengan orang ramai dinasihati supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu.

"Mereka yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100 atau Pegawai Penyiasat, Asisten Supritendan Zainol Aazizi Abu Bakar di 013-3227632," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

3

Semasa 2 hari yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

4

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad