web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Zara Qairina: Anwar Sekali Lagi Tegaskan Tiada Yang Terlepas

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2025 6:17PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LARUT - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa tiada sesiapa yang terlibat dalam kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, akan terlepas daripada siasatan dan tindakan undang-undang.

Beliau juga menasihati semua pihak agar tidak memanipulasi kes tersebut sehingga menimbulkan persepsi negatif dan bertindak memaki hamun individu tertentu.

"Kerajaan telah memaklumkan bahawa polis sedang menjalankan siasatan. Saya ulangi, tiada siapa akan terlepas daripada siasatan," katanya ketika merasmikan Karnival Usahawan Tenusu MADANI: Memacu Revolusi Pertanian Moden, Menjana Ekonomi Rakyat di Kompleks Tenusu Farm Fresh, Perak hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Sementara itu Anwar berkata kerajaan akan terus melaksanakan usaha membela rakyat daripada golongan rentan termasuk nelayan dan petani.

"Setiap Jumaat sebelum solat, saya makan di warung untuk berjumpa rakyat, bertanya khabar dan memastikan keperluan mereka mencukupi. Tidak perlu tunggu kempen pilihan raya baru ke lokasi," katanya.

Selepas majlis, Perdana Menteri meninjau projek pembinaan jalan baharu dari Kamunting ke Anak Kurau, Larut Matang Selama (LMS) Fasa Dua, di bawah Program Jalan Luar Bandar (JALB) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Projek yang diluluskan pada 2016 dengan kos RM91 juta ini dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia secara konvensional dan melibatkan pembinaan jalan baharu sepanjang 6.6 kilometer.

la dijangka memanfaatkan lebih 5,000 penduduk, memberi impak positif kepada sektor pertanian dan perusahaan ladang serta meningkatkan aksesibiliti, sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan.

Setakat ini, projek yang dijangka siap sepenuhnya pada 15 Ogos 2026 telah mencapai 70.5 peratus kemajuan, melebihi jadual asal 62.6 peratus dan mendahului jadual sebanyak 59 hari. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad