web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Penipuan Pelaburan RM8.4 Juta: Polis Rakam 40 Keterangan Mangsa, Saksi

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2025 4:34PM

Rusdi Mohd Isa (tengah) di sidang media hari ini - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis telah merekodkan keterangan 37 mangsa dan tiga saksi kes penipuan pelaburan tidak wujud membabitkan sebuah syarikat, dengan jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan RM8.45 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pihanya menerima 43 laporan polis berkaitan kes itu sejak 2023 dan 15 kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata skim pelaburan itu dikendalikan syarikat yang mendakwa mempunyai akses kepada dana emas dan tunai bernilai berbilion ringgit di luar negara, namun siasatan mendapati syarikat itu tidak berdattar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

"Pelabur dijanjikan pulangan tinggi apabila dana (emas) tersebut berjaya dicairkan selepas modal mencukupi dikumpulkan bagi menampung kos pengurusan dan pengaktifan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Rusdi berkata mangsa terperdaya dengan seorang individu kononnya bergelar 'Datuk Seri' iaitu dalang utama skim pelaburan itu, yang dikatakan menguruskan pewarisan harta milik seorang warganegara Indonesia di luar negara.

Mangsa juga dipengaruhi dengan dokumen lengkap dengan logo, cop dan tandatangan kononnya dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM).

"Sehingga kini, tiada pelabur menerima dana atau pulangan wang seperti dijanjikan, sebaliknya pelbagai alasan diberikan termasuk masalah teknikal di luar negara dan dokumen tamat tempoh," katanya.

Kes penipuan berkendan sebelum ini didedahkan Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 21 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

3

Semasa 2 hari yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

4

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad