web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Individu Didakwa Bunuh Penuntut Universiti Di Cyberjaya

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2025 3:58PM

Kedua-dua suspek dikawal ketat sebaik tiba di Mahkamah Sepang untuk pendakwaan - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Dua individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan bersubahat dan membunuh seorang wanita yang juga penuntut universiti swasta di Cyberjaya, bulan lepas.

M. Sri Darvien dan D. Thineswary, masing-masing berumur 19 tahun mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-duanya memandangkan kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Sri Darvien yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, didakwa membunuh Maniishapriet Kaur Akhara, 20, di sebuah unit kondominium di Cyberjaya antara 9.11 malam sehingga 11.31 malam, 23 Jun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati atau penjara tidak kurang 30 tahun atau tidak melebihi 40 tahun, serta tidak kurang 12 kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Thineswary yang juga rakan serumah mangsa didakwa bersubahat dengan Sri Darvien melakukan pembunuhan tersebut pada tarikh dan lokasi sama, pada kira-kira 12.30 tengah hari.

Wanita terbabit yang merupakan pelajar tahun pertama Program Asasi Sastera itu didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 kanun yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sama dengan Sri Darvien.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, manakala Sri Darvien diwakili peguam M. Manoharan dan Thineswary diwakili Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 11 September ini untuk sebutan semula kes bagi penyerahan laporan forensik, bedah siasat dan kimia.

Mangsa yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi ditemukan maut di unit kondominiumnya di Cyberjaya pada 10 pagi, 24 Jun.

Mangsa yang berasal dari Sarawak dilaporkan tinggal seorang diri selepas lima rakan serumahnya pulang bercuti sejak 21 Jun. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 2 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 5 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 19 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar