web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Liwat 4 Kanak-Kanak: Suspek Diberkas Di Kedah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2025 12:15PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Polis menahan seorang lelaki warga Pakistan di Kuala Nerang, Kedan semalam, kerana disyaki terlibat dalam kes liat dan amang seksual beberapa kanak-kanak lelaki di sekitar Seksyen 27 dan Seksyen 28 di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata suspek berusia 25 tahun yang disyaki terbabit dalam empat siri kejadian cabul dan liwat terhadap mangsa lelaki berusia sembilan, 13, 14 dan 19 tahun itu, ditahan di kawasan Durian Burung, Kuala Nerang ketika cuba melarikan diri ke negara jiran.

Beliau berkata turut ditahan bersama suspek utama itu seorang lagi lelaki juga warga Pakistan yang dipercayai berperanan membantu suspek menyembunyikan diri.

"Kedua-duanya disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, iaitu sebanyak dua kes, manakala dua lagi kes disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

"Polis akan memohon perintah tahanan reman terhadap kedua-duanya pada hari ini bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Iqbal turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian untuk berhubung dengan Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Siti Mahanira Mahat di talian 017-6444895 bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

3

Semasa 2 hari yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

4

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar