web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nahas Pelajar UPSI: 3 Lagi Jenazah Selamat Dikebumikan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2025 7:57AM

Jenazah Fatin Nasrien Fadil selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kerandang - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JERTIH - Tiga lagi jenazah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) dekat Gerik, Perak pada Isnin selamat dikebumikan awal pagi tadi.

Jenazah Fatin Nasrien Fadil, 22, dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kerandang di sini pada 4.10 pagi.

Kira-kira 100 ahli keluarga, rakan dan penduduk kampung serta Ahli Dewan Undangan Negeri Jalbi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri Datuk Dr Azman Ibrahim hadir memberikan penghormatan terakhir.

Sementara itu, jenazah Fakhrul Arif Rosdi, 20, dan Sufea Adela Maslihaizan, 21, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Akar serta Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Penaga, kedua-duanya pada 4.30 pagi.

Terdahulu, jenazah Fatin Nasrien, Fakhrul Arif dan Sufea Adela bersama 10 jenazah pelajar UPSI yang lain disembahyangkan di Masjid Hadhari di sini selepas tiba dari Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Perak pada 2.55 pagi.

Difahamkan, lapan lagi jenazah akan turut dikebumikan awal pagi ini. 

Sementara itu, jenazah Nurul Fatihah Abu Setaman, 22, dan Nurul Izyanti Muhamad Azhar, 21, akan dikebumikan pagi ini, masing-masing di Tanah Perkuburan Kampung Gong Duek dan di tanah perkuburan di Jalan Hospital Jerteh.

Terdahulu, jenazah Wan Nur Suhaila Wan Muhammad dan Muhammad Adib Hazim Halim juga selamat dikebumikan.

Wan Nur Suhaila dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Amer, Kampung Raja, Besut pada 11.37 malam tadi manakala Muhammad Adib di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Badak, Hulu Besut dekat sini pada 12.15 tengah malam dan kedua-duanya dibawa dari Hospital Gerik.

Dalam kemalangan yang berlaku antara 12.30 hingga 1 pagi itu, 15 penuntut UPSI maut apabila bas yang disewa khas dari Jertih ke Tanjung Malim terbalik selepas terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan jenis Perodua Alza di JRTB berhampiran Tasik Banding.

Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang Alza. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Rogol, Amang Seksual Adik Perempuan, Pekerja Kedai ‘Hardware’ Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar