web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nahas Pelajar UPSI: Siasatan Awal Dapati Bas Terlanggar Belakang Kenderaan Alza - Polis

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2025 2:07PM

Noor Hisam Nordin (kanan) melihat barangan peribadi mangsa yang diambil dari lokasi nahas - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Siasatan awal polis mendapati, kemalangan yang mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim berpunca apabila bas yang dinaiki mereka terlanggar bahagian belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Alza, sebelum terbalik.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata, bas berkenaan membawa 42 pelajar terdiri daripada lapan pelajar lelaki dan 32 pelajar perempuan, berusia antara 21 hingga 23 tahun, kesemuanya dari Pantai Timur.

Beliau berkata bas yang didaftarkan di Kedah itu, disewa khas oleh kesemua pelajar terlibat dan bertolak dari Jertih, Terengganu pada 9 malam tadi untuk pulang ke kampus di Tanjung Malim, Perak sebelum terlibat dalam kemalangan di KM53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), berhampiran Tasik Banding, Gerik.

"Kemalangan ini telah menyebabkan 15 kematian dan kesemua jenazah masih menunggu proses bedah siasat. Sebanyak 13 jenazah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Bainun, manakala dua jenazah lagi di Hospital Gerik.

"Seramai 27 lagi pelajar iaitu 23 perempuan dan empat lelaki turut mengalami kecederaan. Pemandu bas itu yang berusia 40 tahun dan pembantunya berusia 44 tahun juga cedera dalam kemalangan itu," katanya dalam sidang media di lbu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Beliau berkata selain itu, turut cedera pemandu dan penumpang kenderaan Alza berkenaan iaitu sepasang suami isteri berusia berusia 37 dan 36 tahun serta dua anak mereka, seorang perempuan dan seorang lelaki yang berusia enam dan tiga tahun.

"Pasangan suami isteri dan anak mereka dihantar ke Hospital Baling, Kedah untuk mendapat rawatan, manakala yang lain (cedera) dihantar ke Hospital Gerik, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Hospital Baling, dan Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Noor Hisam berkata proses bedah siasat dijangka akan mengambil masa berikutan jumlah mangsa yang ramai.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memberikan indentiti kesemua mangsa yang terlibat termasuk 15 yang meninggal dunia, kerana proses bedah siasat masih berjalan.

Noor Hisam berkata polis sedang menjalankan siasatan secara terperinci termasuk dari aspek teknikal, kecuaian manusia, mahupun rekod kesalahan lampau.

Siasatan dilakukan dengan turut mendapatkan bantuan daripada agensi yang berkaitan iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

"Keadaan kawasan kemalangan adalah berliku dan menurun (bukit). Jadi kita akan siasat semua kemungkinan termasuk aspek teknikal. Jalan di kawasan itu juga gelap dan tidak mempunyai lampu kecuali kawasan berhampiran Tasik Banding, jadi masih terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan.

"Pemandu bas ini juga cedera di tangan dan kita masih belum dapat merakamkan percakapannya," katanya.

Beliau berkata kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad