web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nahas Penuntut UPSI: PM Arah KPT Beri Segala Bantuan Diperlukan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2025 9:41AM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) diminta menyelaras semua bantuan yang diperlukan keluarga mangsa kemalangan maut, melibatkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, musibah menyayat hati yang sering kali berulang itu seharusnya menjadi pengajaran buat semua. 

Keadaan bas yang terbabit nahas awal pagi tadi - Gambar Facebook
Keadaan bas yang terbabit nahas awal pagi tadi - Gambar Facebook

Menurut beliau, pengguna jalan raya tidak seharusnya terburu-buru untuk mengejar destinasi yang dituju kerana nyawa mereka terlalu berharga.

“Saya dan (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) amat berdukacita menerima perkhabaran nahas tragis awal pagi tadi berhampiran Gerik yang melibatkan sebuah bas dan beberapa kenderaan lain, mengorbankan 15 pelajar.

“Takziah kepada semua keluarga mangsa. Kami mendoakan agar kalian diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan yang amat berat ini,” katanya. 

Zambry Abdul Kadir - Gambar fail
Zambry Abdul Kadir - Gambar fail

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pengajian Tinggi,  Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memberi jaminan, bantuan menyeluruh akan disalurkan kepada semua mangsa dan keluarga mereka. 

Kementerian katanya, amat berdukacita dengan tragedi tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu kehilangan besar kepada sektor pendidikan tinggi negara. 

"KPT merakamkan salam takziah kepada keluarga mangsa dan seluruh warga UPSI.

“Kami bekerjasama rapat dengan pengurusan UPSI dan agensi berkaitan bagi menyelaraskan segala bentuk bantuan termasuk sokongan psikososial, logistik serta keperluan kebajikan lain,” katanya.

Jelas Zambry, KPT memantau rapi perkembangan mangsa yang masih dirawat dan akan memastikan mereka menerima rawatan serta sokongan sewajarnya.

Nahas yang berlaku sekitar jam 3.40 pagi itu melibatkan sebuah bas yang membawa 36 penuntut UPSI. 

Kesemua mereka dikatakan sedang dalam perjalanan pulang selepas mengikuti program khidmat masyarakat di Kelantan. - Getaran, 9 Jun 2025

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar