web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


LIMA' 25: Polis Terima 27 Laporan Kerosakan Kediaman Penduduk

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2025 4:30PM

Fisol Salleh - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Sebanyak 27 laporan diterima berhubung kerosakan kediaman penduduk kampung dipercayai akilbat gegaran semasa pertunjukan udara sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA'25).

Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata kesemua laporan akan disiasat sebelum diserahkan kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut.

"CAAM (Pihak Berkuasa Penerbangan Awam) akan membuat pemeriksaan dan setelah pemeriksaan dan pengesahan dilakukan, hasil siasatan akan diserahkan kepada pihak penganjur (Kementerian Pertahanan dan Global Exhibitions and Conferences Sdn Bhd (GEC)) untuk membuat kategori," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media Operasi Keselamatan dan Lalulintas sempena LIMA'25 di Pusat Latihan Polis Langkawi, di sini hari ini.

Pada masa sama, Fisol berharap laporan yang dibuat adalah sahih dan tiada pihak mengambil kesempatan atas insiden berkenaan. 

Sebelum ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihaknya mengambil maklum dan tidak akan mengabaikan dakwaan kerosakan rumah penduduk yang dilaporkan berkaitan LIMA'25.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 9,000 parkir disediakan di sekitar Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan 300 lagi di Resort World Langkawi, bagi kemudahan pengunjung ke LIMA'25 yang mula dibuka kepada orang awam, esok.

"Orang ramai yang hendak menyaksikan pertunjukan udara mahupun maritim esok dinasihatkan datang lebih awal bagi mendapatkan parkir. Saya juga difahamkan sebanyak 35,000 tiket dalam talian telah dijual dan saya rasa itu adalah jumlah yang besar," katanya.

Selain itu, Fisol turut menyarankan supaya orang ramai menggunakan perkhidmatan e-hailing rasmi LIMA'25 iaitu MyCar kerana lebih murah berbanding bergerak sendiri. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Penyalahgunaan Dadah: ‘Bagok’ Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

4

Jelajah 10 bulan yang lalu

Percutian Merentasi Masa, Perlahan Di Temple Tree Resort, Langkawi

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar