web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Gaza, Pelaburan Dan Grid Tenaga Fokus Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 - Anwar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2025 4:26PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Situasi di Gaza, pengukuhan kerjasama antara negara anggota, kepentingan ekonomi serantau serta inisiatif pelaburan dalam kalangan negara ASEAN menjadi tumpuan dalam Pemukiman Pemimpin sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menekankan kepentingan projek Grid Tenaga ASEAN sebagai langkah besar dalam memperkukuh kerjasama tenaga serantau.

"Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN tahun ini, tekad untuk terus memacu ASEAN sebagai sebuah kuasa serantau yang berprinsip, dengan hala tuju ekonomi jelas dan mampan," kata beliau dalam hantaran di Facebook.

Beliau berkata demikian dalam Sesi Taklimat Perdana Menteri Bersama Ketua-ketua Pengarang Media Tempatan dan Antarabangsa di sini malam tadi.

Mengulas isu tarif dikenakan Amerika Syarikat, Anwar berkata tumpuan Malaysia adalah terhadap pembaharuan ekonomi domestik dan memperluas kerjasama dengan rakan seperti China, India, Pakistan serta memperkukuh hubungan dengan Kesatuan Eropah (EU).

"Malaysia kekal komited sebagai sebuah negara perdagangan terbuka, meneruskan hubungan dengan rakan dagang tradisional seperti China dan Amerika Syarikat, di samping meneroka pasaran baharu termasuk menjalin hubungan dagang dengan Rusia," katanya.

Perdana Menteri turut meluangkan masa beramah mesra dengan pengamal media termasuk kenalan lama sambil bertukar pandangan mengenai isu-isu semasa dan global. -  BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad