web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Demonstrasi Taktikal Laut, Fly-Past Warnai Perasmian Segmen Maritim LIMA'25

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2025 8:59PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyempurnakan Gracing Ceremony di Segmen Maritim sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 bertempat di Resorts World Langkawi (RWL), di sini.

Acara dimulakan dengan gimik perasmian aksi penyusupan oleh anggota penyelam taktikal dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terjun dari pesawat dan tiba di hadapan pentas dengan membawa kotak hitam berisi kad slot untuk diaktifkan oleh Perdana Menteri.

Demonstrasi seterusnya pula mempamerkan keupayaan bot-bot dan jet ski daripada pelbagai agensi maritim melakukan pergerakan atau manuvra taktikal.

Antara agensi yang terlibat adalah daripada TLDM, PDRM, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dan Jabatan Perikanan Malaysia.

Satu lagi demonstrasi keupayaan maritim turut dipersembahkan dengan konsep Inter-Agency Coordinated Rescue Mission iaitu demonstrasi menyelamatkan tebusan yang mempamerkan aksi dan kepakaran gabungan pasukan keselamatan.

Antaranya melibatkan Pasukan Khas Laut (PASKAL) TLDM, Unit Gempur Marin PDRM, Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA), Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR) APMM dan Jabatan Laut Malaysia bersama aset permukaan dan udara.

Adegan terakhir adalah Fly-Past atau terbang lintas hormat dan Sail-Past yang melibatkan aset udara serta permukaan yang terlibat dalam demonstrasi sebagai penghormatan kepada tetamu yang hadir di pentas utama.

Anwar kemudiannya mengikuti acara Fleet Review LIMA'25, satu acara tradisi tentera laut seluruh dunia iaitu pemeriksaan kapal di laut.

Terdahulu, ketibaan Perdana Menteri disambut Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Dr Zulhelmy Ithnain dan Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Shamsuddin Ludin selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Segmen Maritim LIMA'25.

Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar dan Ketua Polis Negara Inspektor Jeneral Tan Sri Razarudin Husain.

Penganjuran LIMA kali ini merupakan agenda nasional yang menjadi keutamaan kerajaan dalam merealisasikan iltizam strategik untuk menjadikan Malaysia sebagai hab global bagi perkembangan industri maritim dan aeroangkasa.

Pada edisi ke-17 ini, TLDM sebagai agensi utama Segmen Maritim LIMA'25 memberi penekanan terhadap ciri-ciri Malaysia sebagai sebuah negara maritim dengan aktiviti maritim menjadi penyumbang utama dalam sektor ekonomi negara.

Penganjuran LIMA'25 ini juga diharap dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat awam mengenai betapa pentingnya keselamatan dan kestabilan maritim sebagai asas kestabilan ekonomi dan kesejahteraan sesebuah negara. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

LIMA' 25: Polis Terima 27 Laporan Kerosakan Kediaman Penduduk

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar