web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPDN Kedah Bongkar Kegiatan Simpan Minyak Diesel Di Bengkel

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2025 2:19PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah membongkar kegiatan penyimpanan minyak diesel tanpa lesen atau permit sah, di sebuah bengkel besi buruk dan pembaikan jentera berat di sekitar Mergong dekat sini, semalam.

Pengarahnya Muhammad Nizam Jamaludin berkata serbuan menerusi Op Tiris 2025 pada 8.30 pagi, menemukan 2,500 liter minyak diesel dianggarkan bernilai RM7,200 dalam 13 tong drum berkapasiti 200 liter setiap unit.

"Kesemua minyak itu disita bersama beberapa peralatan digunakan untuk memindahkan barang kawalan tersebut, menjadikan anggaran nilai sitaan keseluruhan RM7,790," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya telah merakam percakapan seorang lelaki tempatan berusia 60-an yang merupakan pemilik premis dan kes disiasat di bawah seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).

"KPDN ingin mengingatkan mereka yang ingin berurus niaga atau menyimpan barang kawalan supaya mendapatkan kebenaran atau lesen sah.

“Pihak yang menyalahgunakan barang kawalan akan diambil tindakan tegas," katanya.

Muhammad Nizam berkata orang awam mempunyai maklumat aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi boleh membuat aduan menerusi portal e-aduan 2.0 http://eaduan.kpdn.gov.my, atau pusat panggilan 1-800-886-800 atau pejabat KPDN Kedah di talian 04-7001745. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Singapura 20 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad