web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Steven Sim Anti-Kesatuan, Langgar Piawaian Antarabangsa - NUBE

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2025 7:50PM

Steven Sim didakwa melanggar pelbagai undang-undang berkaitan hak pekerja bank - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Sumber Manusia, Steven Sim didakwa bersikap anti-kesatuan dan bertanggungjawab atas pelbagai tindakan yang diambil 17 bank untuk melemahkan gerakan kesatuan sekerja.

Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE), J Solomon berkata, menteri berkenaan telah melanggar undang-undang negara dan piawaian antarabangsa.

Menurut beliau, antara tindakan tersebut termasuk rundingan rahsia dengan bank yang telah menafikan hak 15,000 ahli kesatuan dari kumpulan B40 dan M40 untuk menerima Bantuan Perayaan satu bulan gaji bermula 2024.

“Steven Sim turut melanggar undang-undang tempatan dan Piawaian Buruh Antarabangsa apabila merujuk Perjanjian Kolektif Ke-20 ke Mahkamah Perusahaan, sedangkan beliau sedar majikan langsung tidak mengadakan mesyuarat rundingan. 

“Sim juga mengabaikan aduan berkaitan gangguan di tempat kerja. Campur tangan diskriminatif sebegini jelas menunjukkan pengabaian terhadap perlindungan pekerja serta kegagalan menjunjung tanggungjawab kesatuan dalam mempertahankan ahlinya,” katanya hari ini. 

J Solomon - Gambar fail
J Solomon - Gambar fail

Jelas Solomon, amat mengecewakan apabila Sim yang sepatutnya menjadi pembela hak pekerja kini dilihat bersekongkol dengan pihak bank untuk menekan aktiviti kesatuan, selain mengabaikan surat dan permintaan rasmi daripada NUBE.

“Himpunan ‘Suara Yang Tidak Didengari’ pagi tadi bertujuan menghantar mesej jelas kepada Kerajaan Perpaduan bahawa tindakan-tindakan ini melanggar undang-undang buruh Malaysia dan bercanggah dengan piawaian Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) berkaitan kebebasan berpersatuan dan rundingan bersama.

“Ini bukan sekadar kecuaian pentadbiran — ini adalah serangan sistematik terhadap maruah pekerja dan kebebasan kesatuan sekerja,” katanya. 

Tegas beliau, Kerajaan Perpaduan perlu menjunjung Konvensyen ILO 98 yang telah diratifikasi oleh Malaysia, selain menguatkuasakan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 tanpa diskriminasi.

“Ini selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12 yang menekankan pengukuhan kesatuan sekerja,” katanya. - Getaran, 1 Mei 2025

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad