web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gigit Telinga Anggota Polis Hingga Putus, Lelaki Nigeria Mengaku Tidak Bersalah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2025 3:38PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang penuntut kolej swasta warga Nigeria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang anggota polis hingga putus sebahagian telinga kiri selepas digigit, minggu lepas.

Okenyehike Kelvin Obianke, 38, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Koperal Danierul Azraq Ahmad Khair, 36, di hadapan sebuah klinik di Metro Prima, Kepong di sini pada 10.10 pagi 25 April.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Farhana Mohamad Poad tidak menawarkan sebarang jaminan kerana lelaki itu tidak mempunyai dokumen perjalanan manakala tertuduh juga tidak diwakili peguam.

Majistret S Mageswary tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 10 Jun untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret berasingan, tertiduh sama mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu memasuki negara ini tanpa dokumen sah dan memberikan diri sendiri dadah.

Di hadapan Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim, Obianke didakwa memasuki Malaysia tanpa dokumen perjalanan yang sah di tempat, tarikh dan masa yang sama.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Lelaki itu juga didakwa memasukkan dadah jenis Benzo (Nimetazepam) ke dalam badan sendiri di tandas Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada 3 pagi, 26 April lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurainizatul Farhana Zainal tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan sama dan mahkamah tidak membenarkan tertuduh dilkat jamin serta menetapkan 23 Julai ini untuk sebutan semula kedua-dua kes.

Jumaat lepas, media melaporkan seorang anggota polis putus sebahagian telinga kiri selepas digigit seorang lelaki warga Nigeria ketika cuba memasukkan suspek (tertuduh) ke dalam kereta peronda polis (MPV) di Metro Prima, Kepong.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata dalam kejadian 10.03 pagi itu, mangsa yang merupakan anggota peronda (MPV) berpangkat koperal menerima panggilan kecemasan mengenai seorang lelaki warga asing yang membuat kacau di sebuah klinik.

"Siasatan mendapati suspek berusia 38 tahun itu membuat kacau di klinik berkenaan dan telah ditahan anggota Balai Polis Kepong. Mangsa diarahkan membantu membawa suspek balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul," katanya.

Semalam, media melaporkan Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata anggota terlibat masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Telinga yang putus tidak dapat disamoung kerana berisiko dijangkiti jika terdapat kuman daripada badan suspek dan doktor akan melihat semula keadaan luka mangsa, jika tiada jangkitan kuman akan dilakukan proses pembedahan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 5 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Singapura 20 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad