web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Ucap Takziah Kepada Keluarga Setiausaha Agung IKRAM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2025 1:00PM

Allahyarham Shahrul Aman Mohd Saari - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga Setiausaha Agung Pertubuhan IKRAM Malaysia, Shahrul Aman Mohd Saari yang meninggal dunia di Institut Kanser Negara (IKN) pagi ini.

Shahrul Aman meninggal dunia pada usia 50 tahun.

"Mendoakan rohnya diberi keampunan dan keluarganya diberi kekuatan setingginya saat ini," kata Anwar menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Anwar, selain memegang jawatan dalam IKRAM, Shahrul Aman pernah memimpin Bersih sekitar 2018.

Sementara itu, IKRAM menerusi hantaran di Facebook memaklumkan jenazah Shahrul Aman akan disolatkan selepas solat zuhur di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang sebelum dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan.

Penolong Setiausaha Agung IKRAM Khubaib Azahari berkata, Shahrul Aman pernah berkhidmat di Pusat Kecerdasan Kuantum Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Gunaan Nasional Malaysia (MIMOS) sebelum membuat keputusan meninggalkan kerjaya itu untuk berkhidmat dengan IKRAM, selain memegang jawatan Pemangku Pengerusi Bersih.

Beliau berkata, Shahrul Aman merupakan seorang tokoh yang gigih dalam perjuangan dakwah dan pembangunan umat, selain aktif dalam gerakan persatuan pelajar Islam di United Kingdom melalui Majlis Syura Muslimun (MSM) semasa menuntut di London.

"Sesungguhnya, seluruh keluarga besar IKRAM amat berdukacita atas pemergian saudara yang kami kasihi ini...pemergian Almarhum juga merupakan satu kehilangan besar kepada gerakan Islam di tanah air dan di peringkat antarabangsa.

"Sepanjang hayatnya, Almarhum telah menzahirkan kepimpinan yang luhur, penuh dengan komitmen, dedikasi dan keikhlasan dalam menggerakkan agenda dakwah, tarbiah, perpaduan, kemanusiaan dan islah di Malaysia," katanya dalam hantaran di Facebook. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 3 tahun yang lalu

Desak Adakan PRU-15 Musim Banjir Bukti Kezaliman UMNO Terhadap Rakyat

2

Semasa 5 tahun yang lalu

Pengurus Pertubuhan IKRAM Dituduh Bunuh Rakan Sekerja

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad