Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pengurus Pertubuhan IKRAM Dituduh Bunuh Rakan Sekerja

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2021 2:40PM

Hasbullah Ismail (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh rakan sekerja di Taman Bangi, dua minggu lepas. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG - Seorang pengurus Pertubuhan IKRAM Malaysia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan sekerja yang mayatnya ditemukan dengan kesan jerut di leher di sebuah rumah di Taman Bangi di sini, dua minggu lepas.

Hasbullah Ismail, 57, yang kelihatan tenang sepanjang prosiding, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Syahrul Sazli Md Sain.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Hasbullah didakwa telah membunuh Pengurus Jabatan Advokasi Pertubuhan IKRAM Muda Malaysia Nik Khatijah Nik Mud, 32, di sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko, di sini, antara 11 malam pada 5 Mac hingga 3 pagi, 6 Mac lalu, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding itu, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin manakala peguam Abdul Halem Mohamad Husin mewakili tertuduh.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 16 April ini untuk sebutan semula kes.

Pada 9 Mac lepas, Bernama melaporkan pihak polis telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh seorang petugas wanita badan bukan kerajaan yang ditemukan dengan kesan jerut di leher di sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Lelaki Tak Mengaku Salah, Sebabkan Kematian Suspek Rompakan Berkumpulan

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Kerana Cemburu, Jurugambar Sambilan Maut Ditikam

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Dipukul Dengan Tukul Besi, Wanita Maut Di Tangan Anak Sendiri

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Bunuh Nenek 85 Tahun, Kelindan Lori Kekal Ke Tali Gantung

Sorotan

1

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

2

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

3

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

4

AJK Masjid Arah Terbalikkan Baju Sudah Beri Penjelasan Dan Mohon Maaf - Exco

5

Mendiang Mutang Dikebumi Isnin

6

PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRK KKB: Signal Keyakinan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan Semakin Utuh - Amirudin 

oleh Diyana Nawwar

Politik 1 hari yang lalu

Polis Terima 12 Laporan, Tiada Unsur Provokasi 3R

oleh Diyana Nawwar

Politik 1 hari yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Raja Permaisuri Agong Berangkat Ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan