web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cuba Bunuh Pelajar UiTM, Pemandu Wanita Mengaku Tidak Bersalah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2025 7:05PM

Norizan Ismail - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU -Seorang pemandu wanita mengaku tidak bersalah atas pertuduhan cuba membunuh seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, Oktober tahun lepas.

Norizan Ismail, 50, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu didakwa melakukan perbuatan itu pada 7.35 malam 9 Oktober 2024 di Jalan Pantai berhadapan universiti berkenaan, mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara hingga 10 tahun dan denda, dan jika perbuatan itu menyebabkan cedera kepada seseorang maka dia boleh dipenjara maksimum 20 tahun.

Dalam kejadian tersebut, Muhammad Ammar Danish Mohamad Ridhuan yang ketika itu berusia 20 tahun cedera akibat dirempuh daripada belakang ketika menunggang motosikal bersama tiga lagi rakannya yang lain oleh tertuduh yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV).

Insiden malang itu turut menyebabkan tiga rakannya, Muhammad Akmal Md Tukirin, 25; Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20; dan Khairil Anwar Jamaludin, 20, maut di lokasi kejadian.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Khairuddin Idris manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Shahir Mat Jusoh.

Mahkamah menetapkan 20 Mei ini untuk serahan dokumen perbicaraan.

Pada 2 Mac lepas, Norizan turut tidak mengaku bersalah atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 302 kanun sama kerana melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Muhammad Akmal, Ku Adib Aizad dan Khairil Anwar.

Kes yang mendapat perhatian seluruh negara itu kembali bersambung setelah mahkamah sebelum ini memutuskan Norizan layak dibicarakan berdasarkan laporan pemeriksaan psikiatri yang diperoleh dari Hospital Permai, Johor. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 5 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad