web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


23 September Tarikh Pendengaran Rayuan Najib, Shafee Untuk Gugurkan Sri Ram

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2021 9:27PM

Najib Tun Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan menetapkan 23 Sept ini sebagai tarikh baharu untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak dan peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman mereka bagi menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Kanan dalam kes masing-masing.

Tarikh baharu pendengaran itu dimaklumkan oleh Peguam Persekutuan Kanan Shamsul Bolhassan ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sebelum ini mahkamah menetapkan 17 Jun depan untuk mendengar rayuan tersebut.

Kes rayuan itu dikemukakan untuk pengurusan kes di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Rayuan Mariam Hasanah Othman hari ini.

Pada 28 Ogos tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh bekas Perdana Menteri itu dan Muhammad Shafee bagi menggugurkan Sri Ram yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, selaku TPR Kanan dalam kes masing-masing.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Mariana Yahya (kini Hakim Mahkamah Rayuan) memutuskan pelantikan Sri Ram sebagai TPR Kanan oleh Peguam Negara (AG) ketika itu Tan Sri Tommy Thomas sebagai sah.

“Adalah jelas bahawa AG telah membuat pertimbangan yang teliti sebelum melantik Sri Ram sebagai TPR Kanan untuk mengetuai pendakwaan berkaitan skandal 1MDB berdasarkan pengalaman luas Sri Ram dalam bidang perundangan,” kata Mariana ketika menolak permohonan Najib dan Muhammad Shafee.

Pada Disember 2018, Najib memfailkan semakan kehakiman bagi mengetepikan Sri Ram sebagai TPR Kanan dalam kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan beliau.

Muhammad Shafee pula memfailkan semakan kehakiman bagi menggugurkan Sri Ram daripada kes pengubahan wang haram berjumlah RM9.5 juta yang dihadapinya.

Mereka memohon perintah mahkamah bagi membatalkan pelantikan Sri Ram atau menggugurkan beliau atas alasan surat lantikan itu tidak sah.

Mereka juga mahu pengisytiharan bahawa wujud konflik kepentingan dalam pelantikan Sri Ram dan memohon satu perintah untuk melarang beliau daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam semua kes mereka termasuk mengenai rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram. - Bernama

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad