web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Tentera Didakwa Bunuh Rakan Setugas

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2025 3:02PM

Kedua-dua tertuduh berdepan hukuman gantung sampai mati atau penjara 30 tahun jika sabit kesalahan -

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MIRI - Dua anggota tentera  didakwa atas tuduhan membunuh rakan setugas mereka di sebuah blok perumahan tentera di sini. 

Muhammad Syarin, 23, dari Kedah, dan Mohamad Khuzainah, 21, dari Kelantan, didakwa di mahkamah hari ini atas kesalahan membunuh Muhammad Mugriz Aseri, 21, pada 24 Mac lalu di Kem Sri Miri.

Kedua-dua mereka berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun serta sekurang-kurangnya 12 sebatan jika disabitkan kesalahan.

Majistret Ashok Linggam menetapkan 30 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes, sementara menunggu laporan bedah siasat.

Muhammad Mugriz Aseri
Muhammad Mugriz Aseri

Mengikut fakta kes, pembunuhan terbabit berlaku sekitar jam 2.15 pagi 24 Mac lalu, apabila mangsa dikasari kedua-dua tertuduh selepas terbabit dalam satu pertelingkahan. 

Mugriz dikatakan rebah sebaik dikasari dan dikejarkan ke Hospital Miri, sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 3.05 pagi.

Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi satu kenyataan mengesahkan bahawa siasatan dalaman sedang dijalankan berhubung kejadian tersebut.

Bedah siasat awal mendapati kematian Mugriz disebabkan oleh trauma tumpul pada bahagian dada, juga dikenali sebagai contusio cordis.

Kecederaan tersebut yang berlaku akibat hentakan kuat, menyebabkan kerosakan serius pada jantung, sekali gus  membawa kepada kematian.

Jenazah Mugriz telah diterbangkan  ke Kuala Lumpur dan dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Al-Islamiah di Kampung Lindungan, Petaling Jaya pada jam 11. 55 malam, 26 Mac lalu. 

Kes ini telah mengejutkan negara dan menimbulkan kebimbangan mengenai disiplin dan tingkah laku dalam kalangan anggota tentera.

Sehingga hari ini, siasatan oleh pengurusan Tentera Darat Malaysia masih berjalan. - Getaran, 9 April 2025

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

4

Politik 2 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 20 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad