web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kinabatangan Banjir: PKOB Keluar Arahan Tegas Pastikan Semua Penduduk Pindah Ke PPS

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2025 8:31PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KINABATANGAN - Penduduk di sebuah kampung di daerah ini masih berdegil dan enggan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) meskipun kawasan berkendan telah diisytihar sebagai zon bencana banjir berikutan hujan berterusan di hulu Sungai Kinabatangan serta paras air sungai mencecah tahap bahaya sejak Rabu lepas.

Tinjauan Bernama mendapati kira-kira 22 rumah di Kampung Muhibbah, dekat sini, enggan berpindah ke PPS yang telah beroperasi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Garam sejak petang Rabu lalu. 

Rata-rata penduduk memberikan alasan bimbang mengenai keselamatan rumah mereka yang ditinggalkan serta risiko dimasuki pencuri.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kinabatangan, Kapten Ahmad Roslan Mohd Kamel berkata Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) telah mengeluarkan Arahan Pengosongan berdasarkan Arahan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) No. 1 dengan mengisytiharkan kawasan itu sebagai zon merah.

Beliau berkata, tindakan itu diambil susulan kedegilan sebahagian penduduk yang enggan berpindah ke PPS walaupun paras air sungai telah melebihi tahap bahaya.

"Apabila sesuatu kawasan diklasifikasikan sebagai zon merah, ia bermaksud kawasan itu berisiko tinggi dan pasukan penyelamat mempunyai kuasa untuk mengeluarkan mangsa secara paksa," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Ravi Duraisamy berkata pihaknya memberi tempoh sehingga petang ini untuk semua penduduk terbabit berpindah ke PPS, dan sekiranya gagal berbuat demikian, Arahan NADMA No. 1 akan digunakan bagi menyelamatkan mereka dari kawasan bencana.

Beliau berkata tindakan juga boleh diambil di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, atau Seksyen 4C(1) Akta Pertahanan Awam yang memberi kuasa kepada anggota APM untuk memindahkan mangsa.

"Kawasan itu merupakan kawasan bencana yang membahayakan nyawa. Jadi, jika mereka enggan mematuhi arahan, tindakan undang-undang boleh diambil," tegasnya.

Kinabatangan, daerah yang terletak kira-kira 306 kilometer dari Kota Kinabalu, diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir pada 4.45 petang, 2 April lepas, susulan hujan berterusan dan paras air sungai yang semakin meningkat.

Setakat 12 tengah hari tadi, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan seramai 14 penduduk daripada tiga keluarga telah berpindah ke PPS di SK Bukit Garam. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

2

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Singapura 22 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad