web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Ditahan Simbah Anak Air Panas Kerana Main Alat  Solek

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2025 5:50PM

Suspek direman sehari bagi membantu siasatan - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Seorang suri rumah ditahan selepas disyaki memukul dan menyimbah air panas ke atas anak perempuannya berusia 10 tahun pada Khamis lepas, gara-gara menggunakan alat soleknya.

Kejadian terbongkar selepas guru sekolah yang juga pengadu melihat kanak-kanak tersebut memakai pakaian biasa dan bukannya pakaian sukan ketika hadir ke sekolah semalam.

Menurut sumber, mangsa memberitahu dia sedang sakit dan hasil pemeriksaan terdapat kesan lebam di tangannya sebelum murid tersebut di bawa ke bilik guru untuk pemeriksaan lanjut dan menceritakan kejadian tersebut semasa dia bermain alat solek milik ibunya yang berusia 36 tahun tanpa pengetahuannya.

"Apabila wanita itu menyedari perbuatan anak kedua daripada tiga beradik itu, dia bertindak memarahi mangsa dan memukulnya menggunakan objek serta menyimbahnya dengan beberapa cawan air panas," kata sumber tersebut.

Ketika kejadian, dua adik-beradik mangsa yang lain sedang tidur dan kanak-kanak itu telah memberitahu bapanya yang dia dipukul oleh ibu mereka.

"Guru sekolah terus membawa murid tersebut ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan selepas gagal menghubungi telefon ayah murid tersebut. Atas maklumat tersebut juga, wanita tersebut ditahan polis semalam dan permohonan reman dibuat di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini," katanya.

Dalam pada itu Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar dalam satu kenyataan mengesahkan laporan kes berkenaan. 

"Suspek direman selama sehari bagi membolehkan siasatan dilakukan di bawah Seskyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 3 hari yang lalu

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Politik 3 hari yang lalu

RUU 7 ADUN Lantikan Dilulus, DAP Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Melaka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Singapura 20 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad