web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jenazah Warga Emas, Anak Angkat Dibunuh Dikebumi Hari Ini

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2025 3:24PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Jenazah warga emas dan anak angkatnya yang dipercayai dibunuh di Jalan Kota Tanah di Tongkang Yard dekat sini pada 21 Januari lepas dikebumikan selepas solat Zohor, hari ini.

Jenazah Ibrahim Mydin, 61, dan Muhammad Muslim Mohd Zaini, 23, telah dituntut oleh ahli keluarga masing-masing di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini kira-kira 11 pagi tadi.

Mohd Zaini Hashim, 63, bapa kepada Muhammad Muslim berkata jenazah anaknya yang dimandi dan dikafankan di hospital itu terus dibawa ke Masjid As-Salam Tambak Bunga, Kuala Kedah untuk disolatkan kemudian dikebumikan selepas zohor.

"Selepas hampir dua minggu, Alhamdulillah saya lega kerana akhirnya arwah anak dapat dikebumikan. Memang sedih tetapi saya reda dan harap arwah tenang dan dipermudah segala urusannya di sana.

"Selesai semua urusan pengebumian arwah, saya akan ikuti perkembangan berkaitan kes ini. Saya harap suspek terlibat mendapat hukuman setimpal supaya kedua-dua arwah mendapat keadilan yang sewajarnya," katanya ketika ditemui pemberita di HSB di sini hari ini.

Sementara itu, ditanya sama ada Mohd Zaini akan memaafkan suspek yang disyaki membunuh arwah anaknya itu, katanya dia hanya akan memaafkan kesemua suspek selepas mereka menerima hukuman setimpal yang dijatuhkan atas perbuatan kejam itu.

"Kalau ikut memang tidak dapat terima perbuatan kejam mereka tetapi saya ambil pendekatan untuk reda dengan apa yang telah berlaku. Memang marah, tetapi kalau pukul mereka (suspek) pun anak saya tidak akan hidup kembali," katanya.

Dalam pada itu, anak lelaki kepada arwah Ibrahim yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah, 33, berkata arwah bapanya dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Al-Ihsan Tongkang Yard.

Sebelum ini, media melaporkan dua lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Tongkang Yard dan polis pada mulanya mengklasifikasikan kes itu sebagai kejadian kebakaran biasa namun menukar kes itu kepada kes bunuh selepas siasatan mendapati terdapat unsur jenayah.

Susulan itu, polis menahan lima suspek berusia antara 19 hingga 53 tahun termasuk seorang anak saudara lbrahim dengan tiga daripada mereka positif dadah dan semalam dua daripadanya telah didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar