web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Vivy Yusof, Suami Didakwa Atas Pertuduhan Pilihan Salah Guna Dana Khazanah, PNB

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2025 2:56PM

Vivy Yusof (kiri) dan suaminya didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan pilihan - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengasas FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzarudin Shah Anuar didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pilihan iaitu menyalahgunakan dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta milik syarikat itu.

Vivy Yusof atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusot, 37, dan Fadzarudin, 36, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara bersama.

"Mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan," kata pasangan terbabit.

Mereka didakwa dengan niat bersama telah secara tidak jujur menyalahgunakan harta milik FashionValet Sdn Bhd iaitu dana pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM8 juta, di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara, 36-40 Medan Setia 2, Plaza Damansara Bukit Damansara di sini, pada 21 Ogos 2018.

Pasangan itu dituduh mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebat dan hendaklah dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Haresh Prakash Somiah berkata berkenaan isu jaminan, pihaknya memohon mahkamah mengguna pakai jumlah jaminan yang sama dalam prosiding sebelum ini iaitu RM100,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

"Saya mohon satu tarikh sebutan bagi membolehkan pihak pendakwaan menyerahkan baki dokumen berkaitan kes ini kepada pihak pembelaan," katanya.

Peguam Ashok Athimulan yang mewakili pasangan itu tidak membantah mengenai isu jaminan.

Hakim Rosli Ahmad kemudian membenarkan jaminan sama diguna pakai dan menetapkan 10 Mac sebagai tarikh sebutan kes.

Terdahulu, Haresh berkata pada prosiding sebelum ini pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah untuk mengemukakan satu pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan kepada pasangan suami isteri itu.

"Pertuduhan telah difailkan, oleh itu pihak pendakwaan mohon untuk mendakwa dan mohon pertuduhan dibacakan kepada kedua-dua tertuduh," kata Haresh.

Pada 5 Disember tahun lepas, Vivy Sotinas dan Fadzarudin mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah dana pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM8 juta.

Mereka didakwa dengan niat bersama sebagai Pengarah FashionValet San Bhd melakukan pecah amanah ke atas dana pelaburan Khazanah dan PNB yang diamanahkan kepada mereka dengan membuat pembayaran berjumlah RM8 juta daripada akaun bank milik syarikat Fashion Valet Sdn Bhd kepada syarikat 30 Maple Son Bhd tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah syarikat Fashion Valet.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara, 36-40 Medan Setia 2, Plaza Damansara Bukit Damansara di sini, pada 21 Ogos 2018.

Pasangan itu dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun serta dengan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh dibenarkan diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan mereka perlu melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur pada minggu pertama setiap bulan.

Pasangan itu juga perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan dihalang mengganggu serta mempengaruhi saksi dalam kes ini sehingga kes selesai. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 19 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 4 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 43 minit yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad