web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kertas Siasatan Kes Resit Tertera Kenyataan Hina Melayu, Islam Dibuka

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2024 11:22AM

M Kumar - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis membuka tiga kertas siasatan berkaitan gambar resit pesanan satu jenama makanan segera yang mengandungi kenyataan berbaur penghinaan terhadap bangsa Melayu dan agama Islam di tiga daerah iaitu Kluang, Muar dan Batu Pahat.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata siasatan kes itu mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau berkata pihaknya telah mengesan penularan resit pesanan tax invoice jenama makanan segera bertarikh 19 dan 20 Disember lepas di tiga daerah terbabit dipercayai dipesan oleh individu sama.

"Laporan polis mengenai penularan tersebut telah diterima dan sebanyak tiga kertas siasatan berasingan telah dibuka. Kes masih di peringkat siasatan dan usaha mengesan serta menangkap suspek terlibat giat dijalankan," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Kumar berkata pihaknya memandang serius terhadap mana-mana pihak yang memainkan sentimen agama dan menyentuh sensitiviti kaum di platform media sosial hingga membangkitkan perpecahan keamanan serta menggugat keharmonian masyarakat.

"Tindakan tegas tanpa kompromi di bawah peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa akan diambil terhadap mana-mana individu dengan sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam," katanya.

Terdahulu, tular resit pesanan sebuah restoran jenama makanan segera di Kluang bertarikh 19 Disember lepas yang mengandungi kenyataan berbaur penghinaan itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

3

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran