web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Op Tebuk: Polis Tembak Mati 4 Penjenayah Warga Asing

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2024 10:59AM

Rusdi Mohd Isa - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Empat lelaki warga Vietnam yang disyaki terbabit dalam 44 kes pecah rumah dan pejabat di sekitar Lembah Klang, maut dalam kejadian berbalas tembakan di sebuah residensi di Jalan Imbi, di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata dalam kejadian 11.30 malam tadi menerusi OpTebuk, sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Kuala Lumpur telah menyerbu sebuah unit kediaman di tingkat 17 residensi terbabit sebelum suspek melepaskan tembakan ke arah polis.

"Bagi mempertahankan diri dalam usaha meneruskan tindakan (tangkapan), berlaku kejadian berbalas tembakan sehingga polis menumpaskan (tembak mati) empat lelaki terbabit," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian tengah malam tadi.

Rusdi berkata pemeriksaan mendapati suspek bersenjatakan dua parang dan dua pistol yang disyaki digunakan untuk menyerang anggota polis.

Beliau berkata siasatan mendapati empat lelaki terbabit disyaki terlibat dalam 44 kes tebuk peti besi membabitkan 28 kes di Kuala Lumpur dan 16 kes di Selangor sejak 2018 yang melibatkan kerugian RM4.3 juta.

Suspek katanya, menyasarkan pejalbat dan kediaman yang tidak berpenghuni sebelum menebuk peti besi di dalam premis berkenaan dan melakukan jenayah itu pada waktu malam.

"Mereka (suspek) dilaporkan melakukan jenayah sama dua hari lepas di Sri Hartamas sebelum menyembunyikan diri di lokasi yang kita serbu.

“Kita percaya mereka ini menjadikan unit kediaman mewah di sini sebagai tempat merancang jenayah, berehat dan menyembunyikan diri," katanya.

Mengulas lanjut, Rusdi berkata kesemua suspek mempunyai pasport dan sering keluar masuk negara ini.

Katanya, polis meneruskan siasatan bagi mengesan individu yang mempunyai kaitan dengan empat lelaki terbabit.

Beliau berkata mayat kesemua suspek dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

3

Semasa 2 hari yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

4

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad