web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2024 8:51AM

Perdana Menteri (tengah) bersama petugas Kedutaan Malaysia pada pertemuan di kediaman rasmi Duta Besar Malaysia malam tadi - Gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kestabilan politik negara perlu dimanfaatkan untuk memperbaiki tatakelola serta menjulang amalan pengurusan beramanah dan bertanggungjawab.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua itu harus dilakukan dengan matlamat mengangkat martabat, darjat dan harkat negara.

Menurut beliau, ketika ini semakin ramai rakyat menerima hakikat bahawa Malaysia memerlukan anjakan serta perubahan yang lebih rancak serta bermakna untuk terus melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara, atau berisiko kembali kepada keadaan ekonomi yang muram dan lembap.

“Alhamdulillah, tatakelola yang semakin baik bersama penggubalan dasar yang jelas terkait sektor perindustrian, transformasi digital, tenaga dan semikonduktor mula membuahkan hasil melihat kepada perkembangan ekonomi yang positif kebelakangan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Jelas Perdana Menteri, amanat tersebut disampaikan pada perhimpunan bersama delegasi Malaysia di kediaman rasmi Duta Besar Malaysia ke Laos, Edi Irwan Mahmud. 

Beliau bagaimanapun berkata, masih terdapat banyak ruang yang perlu diperhalusi untuk memperbaiki prestasi berkenaan. 

“Saya percaya dengan semangat melaksanakan perubahan sedaya upaya dan keikhlasan berkhidmat dari hati nurani yang bersih, kita berupaya memenuhi potensi Malaysia menjadi antara negara hebat di dunia,” katanya. 

Anwar memberitahu, pertemuan malam tadi juga digunakan bagi menzahirkan penghargaan atas komitmen dan khidmat cemerlang kedutaan.

Katanya, pihak kedutaan berjaya  memainkan peranan penting meyakinkan pelabur untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.   

Perdana Menteri berada di Vientiane bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang-Sidang Berkaitan bermula semalam sehingga 11 Oktober.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay pada jam 8.37 malam waktu tempatan, dua hari lalu. 

Ketibaan beliau disambut Menteri Pertanian dan Perhutanan Laos, Linkham Duangsavanth dan Ketua Pengarah Biro Perkhidmatan Diplomatik, Vilatsone Visonenavong. - Getaran, 10 Oktober 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar