web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2024 8:38AM

Kes kehamilan dalam kalangan remaja bawah umur di Sarawak semakin meningkat - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MIRI - Kerajaan negeri Sarawak perlu mewujudkan pelan tindakan komprehensif bagi mengenal pasti kaedah terbaik untuk menguatkuasakan undang-undang yang melarang kanak-kanak perempuan di bawah umur 18 tahun berkahwin melalui upacara tradisi.

Setiausaha Agung Persatuan Hak Orang Asal Sarawak (SCRIPS), Michael Jok berkata, kepimpinan negeri perlu meneliti secara holistik semua aspek sebelum menguatkuasakan undang-undang seumpama itu. 

“Bagaimana (kepimpinan) negeri mahu menguatkuasakan undang-undang yang mengharamkan perkahwinan tradisional kanak-kanak perempuan di bawah 18 tahun? Terdapat lebih 6,000 rumah panjang luar bandar di seluruh Sarawak.

"Malah di bandar dan pekan besar terdapat sebilangan besar gadis muda yang terlibat dalam hubungan seksual, ramai daripada mereka menetap di kawasan setinggan,” katanya kepada Getaran. 

Jelas Jok, SCRIPS menyokong hasrat mencegah perkahwinan dan kehamilan dalam kalangan remaja bawah umur, malah mahu melihat perkara itu semakin berkurangan.

“Bagaimanapun, mempunyai undang-undang dan menguatkuasakannya secara berkesan adalah mimpi ngeri dari aspek logistik.

"Pemimpin negeri harus melibatkan semua masyarakat pribumi dalam dialog yang komprehensif untuk mendapatkan maklum balas mereka secepat mungkin," katanya. 

Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) minggu lalu menggesa kerajaan negeri melaksanakan undang-undang bagi menghalang perkahwinan melibatkan gadis bawah umur bagi mengurangkan bilangan kes kehamilan remaja. 

Menteri Wanita, Pembangunan Masyarakat dan Awal Kanak-Kanak Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan PPWS dan secara rasmi mencadangkan pengharaman perkahwinan di bawah usia 18 tahun. 

Fatimah berkata, PPWS bimbang dengan peningkatan kes kehamilan melibatkan remaja bawah umur dan kementerian sedang meneliti perkara ini secara serius.

Sebelum ini dilaporkan, kanak-kanak perempuan daripada masyarakat Iban  mencatatkan kadar kehamilan remaja tertinggi di bandar-bandar besar seperti Miri.

Penghulu Iban, Pemanca Alexander Isut berkata senario tersebut juga dapat dilihat di pusat bandar utama lain di Sarawak.

Katanya, ia amat membimbangkan kerana kes seumpama itu mencetuskan pelbagai masalah, termasuk komplikasi kesihatan yang serius ke atas bayi dilahirkan. 

“Kaum Iban merupakan bilangan remaja perempuan hamil paling tinggi ketika ini termasuk di Miri. Jumlahnya semakin meningkat.

"Ini bukan satu-satunya masalah sosial yang melanda kaum Iban. Dadah, lumba haram, penipuan pekerjaan...ini antara masalah serius yang kita hadapi dalam kalangan anak muda," katanya.

Kaum Iban merupakan kumpulan etnik terbesar di Sarawak.

Tinjauan yang dijalankan oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam kalangan remaja dan belia awal tahun ini menunjukkan bahawa akses mudah kepada video lucah meningkatkan keinginan seks masing-masing dan seterusnya menyebabkan lonjakan dalam kes kehamilan remaja.

Tinjauan menunjukkan bahawa 58.7 peratus remaja perempuan hamil telah berhenti sekolah kerana terlibat dalam hubungan seksual, sebelum disahkan berbadan dua.

Kira-kira 60.1 peratus kanak-kanak perempuan juga didapati hamil sebelum usia perkahwinan (umur sah 18).

Kajian itu juga menunjukkan pada 2023, terdapat 2,026 kes remaja hamil dilaporkan di Sarawak, meningkat 32 peratus berbanding 2022.- Getaran, 24 September 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

4

Politik 2 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad