web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2024 8:09AM

Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Dua peserta RXZ Members 6.0 maut dalam nahas berasingan semalam. 

Kemalangan pertama melibatkan dua motosikal RXZ dan sebuah treler di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Supritendan Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata kemalangan 3 petang itu menyebabkan Ahmad Amir Muhammad, 29, dari Felda Seroja, Jengka 18, Temerloh, Pahang maut akibat kecederaan di bahagian kepala.

"Siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya dan setibanya di lokasi berhampiran Ajil-Bukit Besi mangsa dikatakan telah memotong sebuah treler menggunakan laluan kecemasan, sebelum bergesel dengan sebuah motosikal jenis sama yang sedang berhenti di lorong berkendan.

"Akibatnya, mangsa telah terjatuh dan terseret masuk ke bawah treler berkenaan. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Seorang lagi penunggang motosikal dan pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Beliau berkata mayat lelaki yang bekerja sebagai buruh itu, dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tujuan post-mortem dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata pasukan tindakan kecemasan telah ditempatkan di Plaza Tol Kijal bermula 8 malam tadi.

Beliau berkata pasukan itu terdiri daripada anggota polis dan masing-masing sebuah ambulans milik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

"Pasukan ini akan bertindak segera jika berlaku kemalangan di LPT2 antara Paka dan sempadan Kuantan, Pahang.

"Selain itu, dua buah Toyota Hilux milik polis juga akan diletakkan di atas jejantas yang melintasi lebuh raya di Pasir Gajah dan Jabur untuk memantau, serta menyalakan flashlight biru bagi meredakan kelajuan penunggang motosikal," katanya.

Terdahulu, lebih 40,000 peserta dari seluruh negara membanjiri Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus selama dua hari bermula Jumaat, sempena program himpunan motosikal RXZ Members 6.0 yang memasuki siri keenam penganjuran, tahun ini.

Sementara itu, Hanyan berkata satu lagi kemalangan membabitkan dua motosikal peserta program itu juga dilaporkan berlaku di KM270.1 LPT2 dekat Perasing menghala ke Kuantan, yang mengakibatkan seorang mangsa iaitu Mohamad Firdaus Abdul Rashid, 29, dari Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan, maut.

Beliau berkata kemalangan pada pukul 10.45 pagi semalam itu, turut menyebabkan Muhammad Shafiq Abdul Halim, 29, dari Bandar Baru Serting, Negeri Sembilan cedera parah.

"Menurut saksi, kemalangan berlaku apabila kedua-dua mangsa cuba mengelak patung penyu yang berada di sebelah kiri jalan, sebelum bergesel antara satu sama lain dan terbabas.

"Mayat Mohamad Firdaus dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan di kepala, manakala Muhammad Shafia dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang untuk menerima rawatan," katanya sambil mengesahkan kes disiasat mengikut seksyen sama. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

3

Semasa 2 hari yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

4

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 31 minit yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad