web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Roti Ikhwan Tiada Sijil Halal Yang Sah, GISBH Guna Logo Palsu?

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2024 7:58PM

Roti Ikhwan yang menggunakan logo halal palsu - Gambar PUKAS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Produk berasaskan roti di bawah jenama Roti Ikhwan tiada memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.

Jurucakap Jabatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkata, pihaknya mengambil perhatian serius terhadap pertanyaan yang diterima mengenai produk tersebut.

Menurut beliau, Roti Ikhwan dihasilkan  Global Ikhwan Utara dan sedang tular ketika ini. 

“Semakan melalui Portal Halal Malaysia mendapati produk tersebut tiada memiliki sijil halal yang sah. 

"Perkara ini telah melanggar Akta Perihal Dagangan 2011 di bawah perenggan 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011,” katanya.

Jelas jurucakap itu, akta berkenaan jelas menyatakan bahawa semua makanan dan barang-barang tidak boleh diperihalkan sebagai halal dengan cara lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam.

“Ia hanya boleh diperihalkan halal  jika diperakukan sebagai halal oleh pihak berkuasa berwibawa dan ditandakan dengan logo sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah tersebut,” katanya.

Tegas beliau, JAKIM dalam hal ini telah berhubung dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri untuk mengambil tindakan penguatkuasaan segera.

“Sekiranya didapati berlaku penyalahgunaan logo atau sijil halal pada produk, pihak syarikat boleh dikenakan tindakan di bawah Akta tersebut.

Sebarang aduan berkaitan penyalahgunaan logo halal atau pemalsuan sijil pengesahan halal boleh dikemukakan kepada Jabatan ini melalui email rasmi [email protected] untuk tindakan selanjutnya,” katanya. 

Sementara itu, pengendali laman Facebook Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS) berkata, persoalan mengenai status halal Roti Ikhwan diajukan kepada JAKIM semalam.

“Terima kasih JAKIM atas maklum balas persoalan yang dilontarkan oleh PUKAS semalam. Disahkan bahawa GISBH secara salah menggunakan logo halal pada produk makanan mereka. 

“Mengikut kajian PUKAS telah mendapat maklum sejak awal lagi mengenai penipuan penggunaan logo Halal JAKIM pada semua produk GISBH. 

“Kini secara konsisten tembelang GISBH pecah kerana menipu dalam segenap hal. Jika bab logo halal untuk tujuan perniagaan pun boleh menipu, apatah lagi di dalam bab lain yang boleh bertaqiyyah,” tegasnya. - Getaran, 15 September 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran