web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2024 6:21PM

Fahmi Fadzil menyerahkan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada Roy Goh yang menghidap angin ahmar sejak Julai 2018 dan dilanda banjir di kediamannya di Kampung Dabak, Penampang, Sabah. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PENAMPANG – Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini meluangkan masa menyantuni editor sambilan News Straits Times (NST) Roy Anthony Goh, yang terkena serangan angin ahmar, di kediamannya di Kampung Dabak dekat sini. 

Dalam kunjungan itu, Fahmi turut menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada Goh, 54, yang merupakan penerima ke-147 tabung tersebut sejak ia diperkenal pada April 2023. 

Bercakap kepada pemberita selepas itu, beliau berkata Tabung Kasih@HAWANA yang diwujudkan bersempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023, adalah bertujuan menyantuni pengamal media, bekas petugas dan wartawan veteran yang memerlukan bantuan. 

"Tabung Kasih@HAWANA merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi melalui Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama). Goh merupakan penerima ke-12 di Sabah setakat ini ...pihak Bernama mengelola serta mengendalikan tabung itu dan saya difahamkan minggu depan juga ada penerima yang akan menerima sumbangan ini.

"Perdana Menteri telah menyediakan dana sebanyak RM2 juta untuk tujuan menyantuni, menjaga kebajikan dan memastikan para wartawan terbela nasib mereka. Harapan saya, saudara Goh dan keluarga akan dapat manfaat daripada sumbangan ini," katanya. 

Turut serta dalam lawatan itu ialah Menteri Keusahawanan dan Koperasi Datuk Ewon Benedict yang juga Ahli Parlimen Penampang serta Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Bernama Nasriah Darus.

Fahmi turut meminta pihak Bernama supaya bekerjasama dengan kelab media di setiap negeri untuk segera mengenal pasti dan menyalurkan bantuan Tabung Kasih@HAWANA lebih pantas. 

"Tidak semestinya Menteri, Timbalan Menteri atau Ketua Pegawai Eksekutif Bernama perlu hadir untuk menyampaikan sumbangan ini... apa yang kita mahu bantuan ini segera sampai kepada semua yang memerlukan," katanya. 

Goh disahkan menghidap angin ahmar sejak Julai 2018 menyebabkan pergerakan beliau terbatas kerana bahagian tangan serta kaki kanannya lemah dan kini menjalani rawatan secara berkala.

Beliau mula berkecimpung dalam dunia kewartawanan sejak 1993 sebagai editor di Borneo Mail selama lapan tahun sebelum berkhidmat sebagai koresponden The Sun pada 2001, Ketua Editor di Borneo Post dari 2001 hingga 2004 serta editor tetap NST selama 14 tahun dari 2004 hingga 2018. 

Ewon pula berkata sumbangan itu diharap dapat meringankan beban Goh yang baru-baru ini turut terlibat dalam musibah banjir di Penampang. 

"Saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada Menteri Komunikasi kerana datang melawat Goh yang menetap di kawasan saya... saya harap program seumpama ini terus dilaksanakan untuk membantu rakan-rakan media yang memerlukan sokongan terutama mereka yang mengalami masalah kesihatan," katanya. 

Bagi Goh, bantuan itu memberi banyak manfaat kepada beliau dan keluarga. 

"Terima kasih kepada Tabung Kasih@HAWANA dan saya berharap bantuan ini juga akan disalurkan kepada rakan-rakan media yang memerlukan bukan sahaja mereka yang mengalami masalah kesihatan tetapi masalah lain seperti banjir.

"Kini saya masih aktif menulis sebagai pemberita sambilan dan saya juga berkebun secara kecil-kecilan di halaman rumah selain membuat serta mengusahakan wain beras," katanya. – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Bernama Diminta Segera Salur Sumbangan Kepada Keluarga Wan Noor Hayati - Fahmi

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad