web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2024 6:45PM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT – Pemandu bas sekolah yang tular kerana merujuk kanak-kanak perempuan yang dibawanya sebagai crush, didakwa sekali lagi hari ini, kali ini di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menghantar komen jelik dalam video yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok minggu lepas. 

Lelaki berusia 24 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh. 

Mengikut pertuduhan, dia didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran satu komen yang jelik sifatnya iaitu satu video yang memperlihatkan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dan kapsyen "Harini crush busy buat homework" diikuti emoji "Love" sambil memerhatikan kanak-kanak berkenaan pada 5 September lepas di Taman Budiman, Parit Raja di sini. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama iaitu denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurizzati Rozman manakala tetuduh diwakili peguam Umar Zulkarnain. 

Hakim Osman Affendi membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali dan tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan. 

Mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Sesyen Muar kerana mempunyai dua kes yang dituduh di sana, selari dengan Seksyen 165 Kanun Tatacara Jenayah dan menetapkan 10 Oktober ini sebagai tarikh serahan dokumen dan sebutan semula kes. 

Pada Selasa lepas, tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen Muar atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seksyen 15(a) (iii) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. 

Pada 5 September lepas, seorang pengguna media sosial X berkongsi tangkap layar hantaran TikTok milik seorang pemandu bas sekolah yang merujuk seorang murid perempuan sebagai crush dan "kesayangan". 

Susulan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri mengarahkan pegawai Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) untuk membuat laporan polis terhadap pemandu bas berkenaan.

Pada 6 September, polis menahan pemandu bas itu yang masih bujang. – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Bas Didakwa, Mengaku Tidak Bersalah Buat Amang Seksual

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

MCMC, PDRM Diarah Siasat Kandungan Hina Rasulullah SAW

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar