web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PKP: Bank Perlu Beri Penjelasan Mengenai Moratorium Kepada Golongan M40

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2021 11:21AM

Mustapa Mohamed - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia (ABM) diharap dapat memberikan penjelasan secara mendalam mengenai moratorium kepada golongan M40 yang terkesan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata berdasarkan maklum balas yang diterimanya, ramai golongan M40 termasuk usahawan dan para profesional semakin tertekan dan terdesak untuk mendapatkan bantuan.

“Ramai yang mengharapkan moratorium menyeluruh seperti yang dibuat pada tahun lepas…bagi perniagaan kecil dan sederhana serta mikro, mereka tiada masalah (untuk mendapatkan moratorium), tetapi bagi M40 yang terkesan, mengalami kekurangan pendapatan, mereka juga boleh memohon dan pihak bank sudah beri jaminan bahawa ia boleh diluluskan.

“Pihak bank perlu mencari kaedah yang lebih tuntas dalam memberikan pencerahan (mengenai moratorium),” katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Bicara Politikonomi - ‘Lockdown dan Ekonomi Negara’ di saluran televisyen TV1 terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Selasa.

Beliau berkata pihak bank juga mungkin boleh menyediakan 'helpdesk' bagi kes-kes tertentu supaya mereka yang terkesan dan tidak ada pertimbangan lain dapat membuat aduan.

“Sudah pasti yang terbaik ialah moratorium automatik, yang tidak melibatkan karenah birokrasi.

“Saya berharap bank-bank akan cuba membantu golongan yang terkesan (yang tidak mendapat moratorium secara automatik) dan yang patut ditolong ini,” katanya.

Pandangan itu adalah di kala bank-bank di negara ini secara amnya melaporkan keuntungan yang memberangsangkan, katanya.

Mustapa berkata meskipun pemulihan ekonomi dijangka bertambah baik sejak akhir tahun lepas, namun dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini, keadaan kembali ‘parah’ kerana kebanyakan perniagaan tiada lagi simpanan tunai atau mendapat bantuan lanjut.

Beliau berkata walaupun kerajaan tidak dapat memenuhi kebanyakan permohonan daripada usahawan, namun diharapkan semua pihak termasuk bank dapat terus berbincang dan mencari kemajuan dalam perkara tersebut.

“Tertakluk kepada pihak bank sama ada menerima cadangan ini atau tidak. Saya rasa mungkin Bank Negara Malaysia (BNM) boleh menjadi orang tengah untuk mencari jalan bagaimana untuk memberi pencerahan agar isu yang dihadapi ini boleh ditangani dengan sewajarnya,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata dalam keadaan yang dinamik dan tidak menentu akibat COVID-19, sukar untuk menjangkakan situasi mengenai pemulihan ekonomi, melainkan kerajaan mempercepat proses vaksinasi COVID-19.

“Kalau ada permohonan daripada syarikat-syarikat swasta untuk beli sendiri vaksinasi, sudah pasti kerajaan boleh mencari jalan bagaimana dapat mempercepat vaksinasi.

“Seterusnya boleh mengembalikan keyakinan pelabur dan ekonomi dapat cepat pulih seperti yang kita lihat di Amerika Syarikat, negara-negara Eropah dan Australia,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar