web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tribunal Tuntutan Pengguna Jalan Terakhir Penyelesaian Isu J&T Dan Peniaga

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2021 2:49PM

Beberapa pekerja J&T memohon maaf dalam rakaman video yang tular di media sosial. Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH: Para peniaga dalam talian yang mengalami kerugian susulan kejadian pengagihan bungkusan secara ganas di sebuah syarikat perkhidmatan penghantaran barangan di Perak boleh membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil Perak Datuk Abdul Yunus Jamahri berkata TTPM adalah jalan terakhir penyelesaian bagi pihak penjual dan syarikat perkhidmatan penghantaran barangan.

“Bagaimanapun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak belum menerima sebarang aduan atau tuntutan di TTPM berkenaan isu syarikat perkhidmatan penghantaran barangan J&T Express yang tular baru-baru ini.

“Kemungkinan para penjual masih menyelesaikan masalah tersebut dengan pihak J&T Express,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat tinjauan sempena pelaksanaan penguatkuasaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2021 di Pasar Besar Ipoh di sini hari ini.

Abdul Yunus berkata pihak peniaga yang ingin membuat tuntutan boleh mengikut prosedur dengan hadir ke pejabat tribunal di Pusat Transformasi Bandar (UTC) atau di daerah-daerah di Perak.

“Bagi kerosakan barangan pula perlu diselesikan di mahkamah tuntutan kecil yang berharga tidak lebih RM5,000,” katanya.

Baru-baru ini, tular video berdurasi 15 saat yang menunjukkan beberapa pekerja syarikat berkenaan membaling barangan pelanggan dengan ada yang berteriak dipercayai tidak berpuas hati dengan pengurusan syarikat yang dikatakan mempunyai kaitan dengan masalah pembayaran gaji.

Turut tular menerusi laman sosial, gambar-gambar barangan diterima pelanggan yang membeli barangan secara dalam talian yang dihantar secara pengeposan menggunakan perkhidmatan syarikat itu mengalami kerosakan teruk.

Sementara itu, mengulas mengenai kenaikan harga barang kawalan di pasaran sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi, Abdul Yunus berkata keadaan kini terkawal dan tiada laporan kenaikan harga diterima.

Abdul Yunus berkata barangan keperluan di pasaran adalah mencukupi walaupun sambutan perayaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata seramai 176 penguat kuasa dan 79 pegawai pemantau harga akan ditugaskan di seluruh KPDNHEP Perak dan berada di lokasi tumpuan ramai seperti pasar awam, pasar pagi, pasar tani dan pusat beli-belah. – Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kehilangan Jaslinda Tiada Unsur Jenayah - Polis

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Wong Chen, Cukuplah Bersandiwara, Jangan Terus Berlagak Mangsa’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

oleh Amirah Abu Bakar