web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


USM Diberi Akses Imej Digital Surat Francis Light

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2024 9:17AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi universiti pertama diberi hak untuk mengakses imej digital koleksi surat-surat Francis Light oleh School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London.

"The Light Letters "merupakan himpunan manuskrip terdiri daripada 1,200 surat dalam 11 jilid yang merangkumi surat, tulisan dan catatan catatan oleh raja-raja Melayu, pembesar Kepulauan Melayu, isteri-isteri bangsawan Melayu, Francis Light dan beberapa pedagang Inggeris dalam tempoh 26 tahun antara 1768 hingga 1794.

Koleksi surat itu mengandungi surat-surat dari Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Selangor, Perak, Terengganu, Kelantan, Borneo, Acheh, Asahan, Batu Bahara, Siak, Palembang, Pontianak dan lain-lain.

Surat-surat itu diklasifikasikan kepada surat yang dikirim kepada Light, surat yang dikirim kepada Scott, rakan niaga Light; nota, catatan, draf surat dan salinan yang dikirim oleh Light, surat-surat Raja-raja dan pembesar-pembesar, lain-lain dokumen seperti bil, resit, petisyen dan kontrak.

Surat-surat yang boleh diakses oleh USM ini diletakkan di bawah Koleksi Warkah-Warkah Kepulauan Melayu 1768-1794, dan merupakan koleksi manuskrip Melayu terbesar di dunia termasuk bil, resit, petisyen dan kontrak yang dikeluarkan oleh Light. Kesemuanya ditulis dalam tulisan jawi, memberi gambaran bahawa pedagang dan pelaut Inggeris ketika itu mahir menulis bahasa Arab dan bertutur dalam bahasa Melayu.

Light dikenali sebagai pengasas Pulau Pinang yang ditubuhkan pada 1786. Namun, sejarah penubuhan Pulau Pinang dipertikaikan beberapa pihak yang mendakwa negeri itu telah ditubuhkan jauh lebih awal. 

Naib Canselor USM, Profesor Datuk Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed berkata, hak eksklusif yang diberi kepada USM itu memberi peluang besar kepada penyelidikan khususnya dalam bidang sejarah Melayu Nusantara. – Getaran, 3 September, 2024


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengasas Pulau Pinang, Francis Light Amalkan Budaya Melayu – Ahli Sejarah

2

Rencana 5 tahun yang lalu

Kerinduan Setiap Sultan Kedah Dan Ilusi Teragung Light

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 21 jam yang lalu

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Melaka Meningkat 1,000 Orang, 2 Daerah Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Agong Sambut Presiden Singapura, Beri Sambutan Negara Di Istana

oleh Sophia Ahmad