web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tragedi Perahu Karam Serlah Kekurangan Infrastruktur Asas Di Sarawak – PKR

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2024 9:14AM

Pasukan penyelamat mencari penumpang yang hilang selepas sebuah perahu karam di Sungai Kayan, Kampung Selampit, Sarawak, pada 20 Ogos. – Gambar Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING – Tragedi tiga pelajar menengah lemas apabila perahu penambang dinaiki karam memperlihatkan kekurangan kemudahan asas di kawasan pedalaman Sarawak.

Pengerusi PKR negeri Roland Engan berkata, Sarawak sejak sekian lama berdepan masalah ketiadaan infrastruktur penting di negeri itu seperti jambatan untuk menyeberangi sungai secara selamat.

Menurut beliau, tragedi perahu penampang Lundu kali ini lebih tragis kerana ia melibatkan pelajar yang sedang dalam perjalanan ke sekolah.

“Mereka terpaksa mempertaruhkan nyawa setiap hari hanya untuk menyeberangi sungai kerana tiada jambatan untuk digunakan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas tragedi perahu karam di Lundu, 20 Ogos lalu.

Dalam insiden tersebut, perahu berkenaan yang membawa 15 pelajar dan dua orang dewasa itu sedang menyeberangi Sungai Kayan di Kampung Selampit untuk menuju ke sekolah di Lundu apabila ia terbalik sekitar jam 6.30 pagi.

Kejadian terbabit mengorbankan tiga pelajar yang hanyut dibawa arus manakala 12 pelajar dan dua individu dewasa lain berjaya diselamatkan.

Tiga mangsa terlibat masing-masing dikenali sebagai Alasma Jithil, 14; Helena Petrus, 17 dan Vilkie Wilson, 15.

Roland berkata, ahli politik tempatan seperti biasa memberi alasan berhubung ketiadaan jambatan di kawasan kejadian walaupun terdapat keperluan untuk kemudahan tersebut disediakan.

“Apa pun alasan mereka, kejadian ini adalah peringatan jelas betapa teruknya kekurangan kemudahan asas di kawasan pedalaman Sarawak.

“Pembuat dasar kerajaan negeri perlu bertanggungjawab (dalam hal ini),” tegasnya.

Getaran difahamkan, punca kejadian masih dalam siasatan dan Kementerian Pengangkutan Sarawak sedang meneliti mengapa perahu tersebut terlalu sarat dengan penumpang. 

Menteri berkenaan, Datuk Lee Kim Shin dipetik sebagai berkata, perahu berkenaan juga membawa sebuah motosikal sewaktu kejadian malah tiada penumpang yang menggunakan jaket keselamatan ketika itu.

Lundu terletak kira-kira 100km dari ibu negeri, Kuching. – Getaran, 26 Ogos 2024
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Jasad Remaja Lemas Tersangkut Di Reba Pokok Dalam Sungai

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar