web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Naratif Serangan Palestin Perlu Diperbetul, Sudah Bermula Sebelum 2023 - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2024 6:29PM

Perdana Menteri ketika merasmikan Muktamar Masjid Se-Malaysia Untuk Pembebasan Al-Aqsa dan Palestin - Gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Naratif serangan Israel ke atas Palestin perlu diperbetul, kerana isu berkenaan pada hakikatnya telah bermula sebelum 7 Oktober 2023.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keganasan rejim Zionis telah berlangsung semenjak 1948 dengan pembantaian manusia dan pemusnahan kota yang berterusan sehingga hari ini. 

Menurut beliau, kelantangan Malaysia menuntut keadilan buat Palestin bukan hanya sandiwara politik, sebaliknya kerajaan konsisten dan koheren mendukung legitimasi perjuangan aspirasi rakyat Palestin tanpa ragu.

“Pada masa sama, (Malaysia) menggunakan kebijaksanaan untuk membangunkan kekuatan dalaman bagi memastikan keberkesanan dalam perjuangan yang panjang ini,” katanya.

Perdana Menteri menyatakan demikian ketika menghadiri Muktamar Masjid Se-Malaysia Untuk Pembebasan Al-Aqsa dan Palestin di Dewan Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini, sempena sambutan Hari Masjid Sedunia.

Gambar PMO
Gambar PMO

Anwar memberi jaminan, beliau akan meneruskan ikhtiar membantu meringankan penderitaan yang dihadapi oleh rakyat Palestin atas pertimbangan kemanusiaan.

“Semoga ia mendapat sokongan rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau terdahulu turut menyentuh peranan institusi masjid yang instrumental bukan sahaja dalam mengimarahkan premis seumpama itu, tetapi meningkatkan kefahaman dan pencerahan kepada umat bermula pada peringkat peribadi, keluarga, masyarakat dan negara.  

“Kita harus membenamkan perbezaan kecil, meluruskan minda dan strategi, sekali gus secara tidak langsung membina kekuatan dan asas negara yang kukuh,” katanya.

Pengukuhan institusi masjid jelas beliau, bukan sahaja menuntut tanggungjawab kita kepada Allah SWT, malah ada tanggungjawab kemanusiaan yang wajar dituntaskan.

“Ini termasuk meniupkan semangat serta kesedaran baharu dan menanam dalam hati sanubari umat agar tidak gentar dan takut melainkan kepada Allah SWT,” katanya. - Getaran, 25 Ogos 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad