web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Tiba Di New Delhi, Perkukuh Hubungan 67 Tahun Malaysia-India

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2024 8:12AM

Perdana Menteri tiba di Pangkalan Tentera Udara Palam pada 12.17 tengah malam tadi (waktu Malaysia) - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW DELHI - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di ibu negara India di sini pada Isnin, untuk lawatan rasmi tiga hari bagi mengukuhkan hubungan 67 tahun Malaysia-India dan mewujudkan agenda kerjasama pelbagai sektor untuk masa hadapan.

Pesawat khas membawa Anwar mendarat di Pangkalan Tentera Udara Palam, di sini pada 9.47 malam (12.17 tengah malam waktu Malaysia).

Mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Datuk Seri Tiong King Sing; Menteri Digital Gobind Singh Deo; dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim.

Ketibaan Anwar disambut Menteri Kereta Api India V.Somanna, Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia B.N.Reddy dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India Datuk Muzafar Shah Mustafa.

Acara sambutan rasmi Perdana Menteri yang akan berada di sini dari 19-21 Ogos pada lawatan pertamanya ke India selepas memegang jawatan pada November 2022, akan berlangsung di pekarangan kediaman rasmi Presiden India Rashtrapati Bhavan di sini, dilkuti mesyuarat bilateral bersama rakan sejawatnya Narendra Modi pada Selasa.

Mesyuarat ini akan membolehkan kedua-dua pemimpin mengkaji semula kerjasama semasa dan meneroka inisiatif bagi mengukuhkan lagi hubungan Malaysia-India, yang telah dinaikkan kepada Perkongsian Strategik Dipertingkatkan pada 2015.

Kedua pemimpin itu juga akan membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama.

Perdana Menteri dalam usaha memajukan lagi kerjasama ekonomi Malaysia-India akan turut menyertai mesyuarat meja bulat dengan beberapa pemimpin industri India.

Pada 2023, jumlah dagangan Malaysia dan India mencecah RM76.62 bilion (AS$16.53 bilion), dengan Malaysia menikmati lebihan RM15.89 bilion (AS$3.43 bilion).

India adalah pengimport terbesar minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit Malaysia dengan jumlah import RM11.31 bilion (AS$2.44 bilion).

Import utama Malaysia dari India termasuk produk petroleum (RM6.62 bilion atau AS$1.44 bilion) dan produk pertanian, termasuk daging halal (RM5.79 bilion atau AS$1.27 bilion).

Pada 2023, Malaysia merupakan rakan dagangan ketiga terbesar India dalam kalangan Negara Anggota ASEAN.

Malaysia dan India mempunyai hubungan sejarah dan sosiobudaya yang rapat.

Pada ketika kedua-dua negara memasuki dekad kedua Perkongsian Strategik Dipertingkat tahun depan, lawatan Anwar dijangka membuka jalan untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala Malaysia-India dengan merangka agenda kerjasama pelbagai sektor untuk masa depan. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad