web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Konon Ajak Balik Kampung, Suami Tolak Isteri Ke Dalam Gaung

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2024 1:40PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila bukan sahaja dicekik, malah cuba dibunuh oleh suaminya dan ditolak ke dalam gaung di Lebuh Raya Timur Barat (JRTB) Gerik dalam kejadian Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Gerik Superitendan Zulkifli Mahmood berkata kejadian berlaku apabila suami mangsa berumur 39 tahun telah membawa mangsa, 32, dari tempat kerja di Kuala Lumpur menuju ke Perak melalui lebuh raya utama atas alasan mahu pulang ke kampung pada 5.30 petang, 26 Julai.

"Sepanjang perjalanan berlaku pertengkaran mulut antara mereka, setibanya di satu tempat suspek telah memberhentikan kereta dan bertindak mengugut mahu membunuh mangsa dengan sebilah pisau, mangsa merayu namun suspek mencekik leher mangsa.

"Mangsa bertindak terjun dari kereta tetapi telah dimasukkan semula oleh suspek dan terus memecut sehingga tiba di kawasan KM31.2 JRTB Gerik kira-kira pukul 4 hingga 5 pagi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zulkifli berkata setibanya di kawasan terbabit, berlaku lagi pertengkaran dan suspek telah menarik mangsa keluar dari kereta dan terjadi pergaduhan serta pergelutan di bahu jalan, sebelum suspek menolak mangsa sehingga jatuh ke dalam gaung.

Beliau berkata polis menerima panggilan daripada orang awam yang menjumpai mangsa keseorangan di tepi jalan pada 2 petang, 27 Julai dan mangsa yang mengalami kesan calar, luka serta lebam pada tubuh badan telah dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Gerik untuk menerima rawatan awal.

"Hasil siasatan lanjut mendapati mangsa telah bertindak merangkak naik ke bahu jalan untuk menyelamatkan diri sebelum dijumpai orang awam... mangsa kini menerima rawatan di Hospital Daerah Taiping," katanya.

Zulkifli berkata kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan suspek mempunyai beberapa rekod lampau kesalahan berkaitan dadah.

"Suspek ditangkap oleh pihak IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Baling, Kedah kerana terdapat penglibatan kes di daerah berkenaan pada 31 Julai lepas. Sejurus selesai siasatan, suspek akan ditangkap semula oleh IPD Gerik untuk melengkapkan siasatan," katanya. – BERNAMA
 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad