web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lari Dari Serbuan Polis: Lelaki Terjun Sungai Ditemui Lemas

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2024 8:21AM

Mayat mangsa ditemui terapung oleh orang awam - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang lelaki ditemukan lemas setelah dipercayai terjun ke sungai ketika melarikan diri daripada polis yang melakukan serbuan di kebun durian berhampiran Batu 6, Bersia dekat Gerik pada 25 Julai lepas.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, pihakya menerima laporan penemuan mayat terapung pada 5.40 petang kelmarin daripada orang awam di Sungai Perak berhampiran Kampung Jagor, Gerik.

Beliau berkata siasatan mendapati insiden berlaku ketika sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik menjalankan Op Tapis di kawasan terbabit.

"Suspek yang berada di lokasi kejadian bertindak melarikan diri ke arah sungai dan keberadaannya gagal dikesan selepas itu...pihak polis meneruskan operasi dan cuba mengesan mangsa sehinggalah ditemukan oleh orang awam di Kampung Jagor," katanya.

Zulkifli berkata mayat mangsa berjaya dibawa naik ke jeti di Kampung Jagor pada 7.40 malam dengan kerjasama polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Gerik.

Beliau berkata punca kematian tidak dapat dipastikan kerana keadaan mayat telah reput namun pemeriksaan mengesahkan tiada unsur jenayah dikesan pada tubuh mangsa.

"Kes buat masa ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mangsa telah diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar