web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bayaran GKP 3.0 Dibuat Mulai 10 Jun - Tengku Zafrul

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2021 3:11PM

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM5.08 bilion telah dan akan disalurkan kepada hampir satu juta perniagaan kecil dan sederhana (PKS) mikro di bawah Geran Khas Prihatin (GKP) semenjak pandemik COVID-19 melanda negara, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. 

"Kerajaan berharap bantuan langsung yang disalurkan kepada PKS mikro ini, akan meringankan beban mereka terutamanya yang amat terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada kali ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Tengku Zafrul berkata, di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) kerajaan telah memutuskan pemberian GKP 3.0 sebanyak RM1,000 kepada lebih satu juta peniaga mikro untuk memastikan kelangsungan perniagaan mereka, khususnya dalam menguruskan aliran tunai masing-masing. 

Manakala melalui program PEMERKASA Tambahan yang diumumkan pada 31 Mei, 2021, kerajaan telah mengumumkan komitmen yang sama sepanjang tempoh PKP 3.0, dengan pemberian tambahan sebanyak RM500 yang menaikkan jumlah bayaran kepada RM1,500 bagi setiap PKS mikro. 

"Sukacita dimaklumkan bahawa hampir satu juta PKS mikro melibatkan penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 serta PKS mikro yang baharu lulus GKP 3.0 akan menerima bayaran sebanyak RM1,000 mulai 10 Jun 2021 (Khamis) secara berperingkat melibatkan implikasi kewangan sebanyak hampir RM1.0 bilion," katanya. 

Tengku Zafrul berkata pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP dan semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 8 Jun, 2021 di pautan https://gkp.hasil.gov.my.

Bayaran tambahan sebanyak RM500 itu yang melibatkan peruntukan hampir RM500 juta, akan dibayar pada Julai 2021 menjadikan jumlah keseluruhan GKP 3.0 sebanyak RM1.5 bilion. - Bernama

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 48 minit yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 minit yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad