web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gagal Semakan Reman, Aisyah Hijanah, Alif Teega Kekal Direman 4 Hari

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2024 10:01PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasangan suami isteri pempengaruh media sosial yang terpalit isu dakwaan menyeleweng kutipan derma kekal ditahan reman empat hari selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka untuk mengetepikan perintah yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Putrajaya semalam.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menolak permohonan semakan yang difailkan Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, atau dikenali sebagai Alif Teega dan isterinya, Aisyah Hijanah Azhari, 26, selepas mendapati Majistret mematuhi peruntukan Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayan dalam membenarkan permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Pihak SPRM seharusnya dibenar melengkapkan siasatan mereka terhadap pemohon dan perintah reman oleh Majistret ke atas mereka adalah sah. Oleh itu, permohonan untuk semakan ditolak," katanya.

Terdahulu, peguam Abd Rahim Ali berhujah anak guamnya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana badan awam seperti termaktub dalam Seksyen 3 Akta SPRM yang membolehkan mereka disiasat mengikut Seksyen 23 akta sama.

"Pemegang saham dalam syarikat Hijanah Haul Holdings Sdn Bhd hanyalah Orang Yang Disyaki (OYDS) pertama dan kedua. Ahli-Ahli dalam syarikat itu juga bukanlah pegawai badan awam dan pihak kami berhujah tiada kaitan antara kedua-dua suspek dan kesalahan yang disyaki.

"Oleh kerana tidak terdapat sebarang kaitan maka perintah reman yang diberikan Mahkamah Majistret hendaklah diketepikan," katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berkata Seksyen 23 hanyalah asas siasatan dan tidak semestinya OYDS akan dituduh mengikut seksyen itu.

"Seksyen 23 Akta SPRM hanyalah permulaan siasatan berdasarkan maklumat yang diperoleh.

"Permohonan semakan ini adalah pramatang kerana tiada apa-apa asas untuk mengatakan siasatan telah selesai dan tiada kesalahan di bawah seksyen tersebut," katanya sambil menambah prosedur reman ini adalah penting untuk membuktikan jika terdapat kesalahan dilakukan oleh kedua-dua pemohon atau sebaliknya.

Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How pula berkata permohonan reman dibuat oleh SPRM kerana terdapat dakwaan platform JomDonate digunakan oleh kedua-dua pempengaruh untuk mengumpul derma daripada orang awam.

"Jadi, ia adalah dana awam yang dimasukkan ke dalam platform tersebut dan fakta mengapa terdapat syarikat yang mendapat kebenaran untuk mengutip derma perlu disiasat dengan jelas," katanya.

Semalam, Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman pasangan itu hingga 14 Julai ini untuk disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM berhubung penyelewengan wang kutipan derma melalui JomDonate. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad