web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Lagi Ditahan Terlibat Kes Rasuah Projek Lebuh Raya Di Lembah Klang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2024 8:13AM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua lagi individu iaitu dua pengarah syarikat subkontraktor kerana dipercayai terlibat rasuah bagi pembinaan satu projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM1 bilion.

Sumber SPRM memaklumkan pengarah lelaki dan wanita berusia lingkungan 50-an itu ditahan antara 5 petang hingga 7 malam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Beliau berkata mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi semalam dan perintah tahanan reman selama lima hari hingga 7 Julai ini telah dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

"Kedua-dua suspek merupakan pengarah dari syarikat yang sama disyaki memberi rasuah kepada pegawai-pegawai badan berkanun sebagai balasan bagi mendapat kerja-kerja projek pembinaan lebuh raya yang sebelum ini dijalankan satu syarikat lain," katanya kepada Bernama hari ini.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(a) (B) Akta SPRM 2009.

Semalam, Bernama melaporkan SPRM menahan reman dua lagi individu iaitu pengerusi sebuah syarikat dan pengarah syarikat subkontraktor bagi membantu siasatan kes rasuah berhubung projek itu.

Setakat semalam, SPRM telah menahan reman seramai 14 individu berhubung kes itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Pegawai Imigresen, Ejen Pekerja Asing Terlibat Rasuah Program PRM Direman

2

Semasa 1 tahun yang lalu

2 Profesor Termasuk Presiden MPN Didakwa Pecah Amanah RM271,000

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Audit HRD Corp: SPRM Kenal Pasti Bebeapa Individu Untuk Bantu Siasatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Azam Baki Tidak Terlibat Penyebaran Tohmahan Babit Agensi Penguat Kuasa - SPRM

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad