web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 Imbau Nostalgia Peribadi Sultan Ibrahim

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2024 1:02PM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tanggal 20 Julai ini pastinya menjadi detik Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada teristimewa buat Sultan Ibrahim apabila bakal melalui proses bersejarah sama seperti ayahanda baginda Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail yang ditabal selaku Yang di-Pertuan Agong kelapan, 40 tahun lepas.

Datuk Paduka Maharaja Lela Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini berkata istiadat itu bakal mengimbau kenangan cukup signifikan kerana Sultan Ibrahim akan bersemayam di atas singgahsana sama digunakan Almarhum ayahanda baginda dahulu.

"Singgahsana ini telah digunakan Almarhum Sultan Iskandar, jadi pastinya ia memberi makna tersendiri kepada Sultan Ibrahim. Sebelum ini, turut digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta ayahanda baginda Sultan Ahmad Shah semasa menjadi Yang di-Pertuan Agong ketujuh," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Lebih istimewa, pelantikan putera sulung Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Ismail sebagai Pemangku Sultan Johor usai pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lepas, mengulangi catatan sejarah bagaimana Seri Paduka Baginda dilantik Pemangku Raja Johor sewaktu giliran Almarhum Sultan Iskandar bersemayam di Istana Negara pada 25 April 1984.

Azuan Effendy berkata istiadat pertabalan pada 20 Julai ini juga akan menyaksikan Sultan Ibrahim menggunakan peralatan kebesaran istiadat seperti Pending Diraja yang sama digunakan Almarhum Sultan Iskandar ketika ditabal sebagai Ketua Negara.

Beliau berkata alat kebesaran lain yang akan digunakan pada istiadat pertabalan nanti mempunyai nilai sejarah amat tinggi memandangkan ia merupakan warisan kebudayaan negara yang telah digunakan sejak istiadat pertama bermula 2 September 1957 dan masih dipulihara dengan baik sehingga kini.

Azuan Effendy berkata Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah juga berkenan menyatukan penggunaan warna kegemaran Seri Paduka Baginda berdua iaitu biru Tiffany dengan warna diraja iaitu kuning pada istiadat nanti.

"Seri Paduka Baginda berdua ada cita rasa tersendiri, jadi banyak perkara kita dah pilih untuk gunakan warna 'Tiffany Blue' dan disatukan dengan warna diraja kuning antaranya pada kad jemputan pertabalan dan buku atur cara pertabalan, semuanya kita guna warna itu," katanya.

Azuan Effendy berkata elemen lain yang disifatkannya istimewa pada istiadat pertabalan kali ini adalah penggunaan Nobat Diraja Perak.

Beliau berkata Sultan Ibrahim sendiri telah memohon perkenan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah untuk menggunakan Nobat Diraja Perak pada istiadat nanti dan ia amat simbolik kerana Raja Permaisuri Agong ialah puteri kedua dan anakanda ketiga kepada Almarhum Sultan Perak Paduka Seri Sultan Idris Shah II dan Almarhumah Raja Perempuan Perak Raja Perempuan Muzwin Almarhum Raja Dato' Sri Ariff Shah.

"Ini tentunya menggamit nostalgia kerana pada istiadat pertabalan Almarhum Sultan Iskandar dulu pun menggunakan Nobat Diraja Perak," katanya.

Azuan Effendy berkata alatan muzik Nobat Diraja Perak yang dimainkan oleh susur galur Orang Kalur di negeri itu hanya boleh dibawa keluar dari istana dan sempadan negeri setelah mendapat perkenan Sultan Perak.

"Permohonan perkenan itu amat istimewa dan berlangsung dengan penuh santun, Sultan Ibrahim sendiri menulis warkah yang dipersembahkan kepada Sultan Nazrin oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil selaku Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong.

"Tak boleh saya selaku Datuk Paduka Maharaja Lela mohon sendiri melalui panggilan telefon, e-mel atau WhatsApp sahaja, ia dilakukan atas hubungan dua baginda raja," katanya sambil menambah nobat yang biasa dimainkan pada istiadat pertabalan itu hanya terdapat di Perak, Selangor, Terengganu dan Kedah.

Menurut Azuan Effendy warkah perkenan Sultan Nazrin telah dipersembah kepada Sultan Ibrahim menerusi utusan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin dan Setiausaha Dewan Negara Perak Datuk Seri Ayop Hashim.

Dalam pada itu, Azuan Effendy yang telah terlibat dengan Istiadat Pertabalan Yang di- Pertuan Agong sebanyak lima kali berkata istiadat pertabalan kali ini juga mempamerkan sisi istimewa keakraban Sultan Ibrahim dan Sultan Nazrin selaku Timbalan Yang di- Pertuan Agong.

"Sinergi baik antara Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong jelas terpancar apabila Sultan Ibrahim sendiri telah memberi perkenan kepada Sultan Nazrin untuk memilih menu yang akan disajikan sewaktu Majlis Santapan Diraja pada sebelah malam istiadat pertabalan di Istana Negara," katanya.

Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong Berkenan Hulur Kurniaan Peribadi Bantu Mangsa Kebakaran Di Sandakan

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar