web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Giat Siasat Penyebaran Gambar Didakwa Zayn Rayyan 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2024 8:28AM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis giat melakukan siasatan mengenai penularan gambar kecederaan pada mayat yang didakwa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin menerusi aplikasi Telegram sejak kelmarin.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972.

"Orang ramai diminta tidak berkongsi sebarang kandungan yang diklasifikasikan mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana perbuatan ini mengganggu siasatan serta proses pendakwaan di mahkamah.

"Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana individu didapati berkongsi kandungan berkenaan," katanya kepada Bernama semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja'afar berkata laporan berkaitan penularan gambar berkenaan dibuat pegawai kanan polis pada 12.15 tengah hari semalam.

Sebelum ini, tular kertas siasatan pembunuhan kanak-kanak itu menerusi aplikasi sama.

Pada 6 Disember tahun lepas, mayat Zayn Rayyan ditemukan di anak sungai berhampiran kawasan kediamannya di Apartmen Idaman Damansara Damai pada 10 malam, sehari selepas dilaporkan hilang.

Pada 13 Jun, ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Zayn Rayyan: Polis Guna Semua Peruntukan Bawah Bidang Kuasa Kami - Shuhaily

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad