web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gantung Lesen Agensi Pelancongan Terbabit Kemalangan Di Genting Highlands Jika Perlu - Menteri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2024 12:47PM

Siasatan terperinci akan dilakukan bagi melihat kemungkinan wujudnya pihak ketiga - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Lesen agensi pelancongan yang terbabit dalam nahas di Genting Highlands semalam akan digantung jika perlu.

Mengesahkan perkara itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, ia adalah langkah susulan yang bakal diambil, berpandukan kepada siasatan oleh kementerian.

Menurut beliau, kementerian telah diarahkan untuk melakukan siasatan terperinci ke atas agensi berkenaan, bagi menyiasat kemungkinan wujudnya pihak ketiga.

“Siasatan penuh akan dijalankan oleh kementerian berkenaan insiden ini. Saya telah arahkan pegawai, jika perlu, gantung lesen ejen pelancongan dan sesiapa sahaja yang terlibat.

“Kita mahu siasatan dijalankan secara telus dan terperinci. Jika terbukti mereka bersalah, kementerian tidak menolak kemungkinan membatalkan lesen mereka,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Tiong King Sing - Gambar fail
Tiong King Sing - Gambar fail

Jelas King Sing, MOTAC juga menerima beberapa aduan, antaranya bas digunakan tidak bersesuaian dengan aktiviti dilakukan.

“Semua pelancong yang terbabit nahas itu datang untuk lawatan enam hari lima malam, tapi sepanjang tempoh tersebut, agensi telah menukar bas digunakan sebanyak tiga kali.

“Bukan setakat bunyi terlalu bising, pendingin hawa juga tidak berfungsi dengan baik, sekali gus membuktikan kenderaan tersebut gagal diselenggara mengikut peraturan,” katanya. 

Terdahulu, King Sing melawat mangsa kemalangan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan beliau turut diiringi Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yuging.

Dalam nahas jam 11 pagi itu, bas terbabit dipercayai terbabas dan melanggar tembok pembahagi jalan ketika dalam perjalanan ke ibu negara di kilometer 16.5 Jalan Turun Genting Highlands.

Insiden tersebut meragut nyawa dua pelancong lelaki China, dikenali sebagai Zhang Ping, 58, dan Wang Shuhong, 49 serta mencederakan 13 yang lain. - Getaran, 30 Jun 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 12 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad