web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Ucap Takziah Pemergian Pendakwah Rasul Dahri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2024 8:39AM

Allahyarham Rasul Dahri - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pendakwah dari Singapura, Rasul Dahri yang dilaporkan meninggal dunia malam tadi.

Anwar dalam hantaran melalui Facebook berkata, Allahyarham merupakan antara alumni Yayasan Anda Akademik Malaysia (YAA) iaitu sebuah yayasan yang digerakkan pemimpin belia dan mahasiswa pada sekitar 70-an yang diketuai Anwar ketika itu.

"Takziah kepada keluarga pendakwah Ustaz Rasul Dahri yang dikhabarkan telah meninggal dunia. Beliau juga adalah antara alumni di Yayasan Anda suatu ketika dulu.

"Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya dan rohnya ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman," kata Perdana Menteri.

Terdahulu, berita pemergian pendakwah itu dimaklumkan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam satu hantaran di Facebook dan difahamkan Rasul meninggal disebabkan keuzuran.

"Menerima khabar kematian Ustaz Rasul Dahri...sebagai saudara Muslim, saya mendoakan keampunan untuk beliau...kali terakhir saya berjumpa beliau ketika saya di Johor tiga minggu lepas," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad