web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Najib Kawal Penuh Semua Aspek SRC - Bekas Pengarah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2024 8:33AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas pengarah SRC International San Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam bahawa semua aspek perjalanan syarikat pelaburan strategik itu dikawal penuh oleh Datuk Seri Najib Razak atau melalui proksinya bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Nik Faisal Ariff Kamil.

Datuk Suboh Md Yassin, 73, berkata semua pelaburan penting dan keputusan strategik harus dirujuk terlebih dahulu kepada Najib untuk kelulusan kerana ketika itu Penasihat Emeritus SRC menyebabkan kuasa, peranan dan fungsi pengarah lain termasuk dirinya tidak bermakna kerana mereka terikat untuk mematuhi arahan Najib.

"Datuk Seri Najib menyatakan perkara ini melalui pelbagai minit pemegang saham yang dikeluarkan oleh beliau atas kapasitinya sebagai Kementerian Kewangan Diperbadankan atau melalui arahan Nik Faisal yang bertindak bagi pihak Najib.

"SRC tidak seperti syarikat sendirian berhad lain di mana dalam syarikat lain seumpamanya, amalan biasa dan undang-undang, pengarah diberikan kuasa untuk membuat keputusan secara bebas.

"Penubuhan SRC adalah sesuatu yang pelik," kata Suboh semasa membaca kenyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh peguam Abraham Au mewakili SRC.

Suboh memberi keterangan sebagai responden pihak ketiga dalam saman sivil AS$1.18 bilion SRC International terhadap Najib dan Nik Faisal, yang kini bebas.

Disoal lanjut oleh Au, Suboh menjelaskan walaupun SRC adalah sebuah syarikat sendirian berhad, urusan hal ehwal syarikat itu pada hakikatnya adalah lanjutan daripada aktiviti kerajaan oleh Kementerian Kewangan.

Katanya Najib mempunyai kawalan penuh dan mutlak ke atas semua aspek perjalanan SRC kecuali Lembaga Pengarah.

"Saya merasakan peranan saya dalam SRC tiada bezanya dengan seorang penjawat awam di mana kami sudah terbiasa dan diharapkan dengan tegas mengikut arahan dari pihak atasan...dalam hal ini adalah daripada Perdana Menteri.

"Jika pihak atasan memerlukan kami melakukan sesuatu, kami tidak berada dalam sebarang kedudukan untuk membantah atau menolak keputusan itu dan hendaklah mengambil semua langkah yang perlu untuk melaksanakannya," katanya.

Menurutnya satu ciri yang sangat pelik di mana keputusan dilaksanakan ialah amalan 'arahan pemegang saham' yang disampaikan melalui minit pemegang saham.

SRC, di bawah pengurusan baharunya, memfailkan saman itu pada Mei 2021, mendakwa Najib telah melakukan pecah amanah jenayah, salah guna kuasa dan memperoleh ganjaran peribadi daripada dana syarikat itu selain melakukan penyelewengan dana berkenaan.

SRC juga menuntut deklarasi mahkamah bahawa Najib adahalah bertanggungjawab bagi kerugian yang dialami oleh syarikat itu akibat pelanggaran tugas serta amanah beliau dan menuntut supaya belia membayar balilk kerugian yang dialami berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin bersambung hari ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 4 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad