web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Miza Ozawa' Mengaku Salah Cari Pelanggan Bagi Tujuan Persundalan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2024 9:25PM

- Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGI - Seorang wanita yang sedang hamil enam bulan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi di sini hari ini atas pertuduhan mencari pelanggan bagi maksud persundalan menerusi aplikasi Telegram atas nama 'Miza Ozawa'.

Siti Amiza Baharuddin, 27, dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah unit kondominium di Bukit Mahkota Kajang pada 4 petang, 6 Jun lepas, dan didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Majistret Nurdiyanah Mohd Nawawi menetapkan 24 Jun ini bagi fakta kes dan jatuh hukum.

Siti Amiza turut dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda RM12,500 oleh mahkamah sama selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki bahan lucah dan ubat tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagi kesalahan memiliki bahan lucah, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM6,500 atau penjara tujuh bulan jika gagal membayar denda dan bagi kesalahan memiliki ubat yang tidak berdaftar dengan KKM, wanita itu didenda RM6,000 atau dipenjara enam bulan.

Bagaimanapun mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan secara berasingan bermula dari tarikh dia ditahan pada 6 Jun lepas.

Siti Amiza turut didakwa memiliki bahan-bahan lucah di dalam komputer riba dan tiga telefon bimbit miliknya pada lokasi, masa dan tarikh sama, mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dia juga didakwa memiliki dua kotak Secret Negro dan dua kotak Dara Jelita yang melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 pada lokasi, masa dan tarikh sama.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Peraturan 30(1) Peraturan sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(2) Akta Jualan Dadah 1952, yang berdepan hukuman denda maksimum RM25,000 atau penjara maksimum tiga tahun dan bagi kesalahan kali kedua, serta seterusnya boleh dedenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Liyana Mohd Sulaiman memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran dan memohon hukuman berjalan secara berasingan.

Siti Amiza yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan dia tidak mempunyai pendapatan selepas wang simpanannya untuk bersalin sudah dirampas pihak berkuasa.

"Saya menyara hidup sendiri di Selangor dan mohon denda seminimum mungkin," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 tahun yang lalu

26 Ditahan, Aktiviti Pelacuran Terbongkar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar