web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Ada Diskaun Istimewa Untuk Penjual Menu Rahmah’ - Mydin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2024 1:04PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasaraya besar Mydin menawarkan diskaun istimewa untuk kira-kira 50 barangan dan ramuan untuk menggalakkan usahawan makanan terus mengambil bahagian dalam inisiatif Menu Rahman kerajaan.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin memberitahu The Malaysian Insight ini adalah sebahagian daripada langkah kumpulan itu untuk menyokong inisiatif Kad Diskaun Menu Rahmah Khas Putrajaya.

Mydin ialah rangkaian pasar raya besar halal tempatan terbesar, pemborong dan runcit.

Ameer berkata beliau memahami rungutan dalam kalangan peniaga kecil mengenai kenaikan kos barangan dan mahu mereka menggunakan Mydin sebagai rakan strategik.

Katanya ini dapat membantu peniaga ini mengurangkan beban untuk menawarkan Menu Rahmah di kedai makan mereka.

“Ramai yang mengadu Menu Rahmah sukar untuk dikekalkan kerana harga meningkat tetapi harga ayam sebelum ini jauh lebih tinggi daripada sekarang. Kami juga menawarkan harga yang baik untuk sayur-sayuran dan beras.

“Kerajaan mengeluarkan kad diskaun Menu Rahmah Khas kerana peniaga kecil mengadu tidak dapat menguruskan kos.

“Oleh itu, beberapa pemain yang lebih besar seperti kami di Mydin memberikan harga diskaun untuk barangan utama.

“Jadi sekiranya peniaga mempunyai kad diskaun Menu Rahmah, kita bukan sahaja memberikan harga borong, tetapi harga istimewa yang berada di bawah harga borong,” kata Ameer.

Ameer yang merupakan presiden Persatuan Peruncit Bumiputera berkata terdapat kira-kira 50 barangan dijual pada kadar istimewa.

“Ini termasuk barangan utama seperti minyak masak, serbuk kari, gula atau apa sahaja yang diperlukan untuk menu mereka.

“Ini dimulakan oleh kerajaan tetapi kami menyenaraikan senarai barangan yang boleh direbut dengan harga kurang daripada harga borong.

“Ini akan memberi insentif kepada mereka (peniaga makanan) untuk mempunyai sekurang-kurangnya satu menu untuk Menu Rahmah,” katanya sambil menambah kadar istimewa itu akan dikenakan di semua 68 cawangan mereka di seluruh negara.

Pada Januari 2023, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub memperkenalkan inisiatif Menu Rahmah untuk restoran menawarkan hidangan pada harga disyorkan RM5.

Sejak inisiatif ini diperkenalkan ia mendapat pelbagai respons dan sambutan.

Sejak beberapa bulan lalu, inisiatif Menu Rahmah dilihat semakin kurang diperkenalkan dengan peniaga merungut harga bahan mentah yang tinggi.

Ameer Ali Mydin - Gambar fail
Ameer Ali Mydin - Gambar fail

Menu Rahmah masih dapat sambutan

Mydin terus menawarkan Menu Rahmah dengan harga berpatutan di semua 28 pasar raya besar mereka, tujuh hari seminggu.

Ameer berkata, penerimaan Menu Rahmah masih baik dalam kalangan pengguna.

“Masih ada orang membeli makanan yang dijual dan saya percaya ada orang yang memerlukan hidangan enak dengan harga RM5.”

Walaupun tidak dipaksa untuk mengambil bahagian, Ameer berkata restoran dan peniaga kecil perlu mengambil kesempatan daripada inisiatif kad diskaun Menu Rahmah kerajaan.

“Sebagai contoh, jika peniaga mendapat satu karton gula pada harga RM2 lebih murah daripada harga borong, mereka tetap mendapat manfaat.

“Sebab mereka mungkin akan menambah sedikit gula dalam masakan dan selebihnya mereka boleh menambah minuman seperti teh tarik atau lain-lain yang tidak ada dalam Menu Rahmah. Jadi, anda mendapat lebih daripada apa yang anda tawarkan.

“Apa yang mereka (pengusaha makanan) perlu buat adalah memohon kad diskaun Menu Rahmah secara dalam talian kepada KPDN dan sebaik sahaja mereka mempunyai kad tersebut, Mydin akan memberikan mereka kad borong.

“Jadi, sistem kami akan memberikan harga yang lebih rendah kepada pemegang kad daripada harga borong. Kami dipacu sistem, jadi kami boleh menguruskannya,” katanya.

Baru-baru ini Timbalan Menteri KPDN Fuziah Salleh mengesyorkan peniaga makanan menyediakan sekurang-kurangnya satu Menu Rahmah di premis mereka.

Sejak pelancaran kad diskaun Menu Rahmah pada November 2023, Fuziah berkata seramai 117 usahawan makanan termasuk 64 peniaga dari Kelantan sudah mendaftar dalam program itu.

Sehingga 14 Jun lalu, sebanyak 2,237 pengusaha Menu Rahmah mendaftar di portal Menu Rahmah untuk menyediakan menu makanan seimbang dan berkhasiat pada harga bawah RM5.

Daripada jumlah itu, seramai 1,129 mengusahakan restoran atau kafe, kedai makanan segera (297), medan selera atau gerai (811).

Berdasarkan pecahan mengikut negeri, Selangor mempunyai bilangan kedai makan yang paling banyak menawarkan makanan berpatutan Menu Rahmah dengan 336, diikuti Pahang (274) dan Sarawak (233).

Negeri lain yang menawarkan makanan Menu Rahmah ialah Perak (208), Pulau Pinang (186), Johor (159), Sabah (144), Kelantan (139), Terengganu (121), Kedah (115), Negeri Sembilan ( 110), Kuala Lumpur (60), Melaka (48), Perlis (38), Putrajaya (38) dan Labuan (28). – The Malaysian Insight, 18 Jun 2024.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Cakna Isu Semasa, Mydin Malaysia, Lotus’s Malaysia ‘Bersaing Pikat Pengundi’ 

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Menu Rahmah RM5 Diperluaskan Ke Sabah, Sarawak - Bos Mydin

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Menu Rahmah Murah, Sedap Dan Menyelerakan - Pelanggan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Menu Rahmah: Makan Tengah Hari Dan Malam RM5 Di 15,000 Premis

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad