web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Menu Rahmah RM5 Diperluaskan Ke Sabah, Sarawak - Bos Mydin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2023 12:00PM

Ameer Ali Mydin - Gambar tangkap layar Bernama Radio

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hidangan “Menu Rahmah” RM5 akan diperluaskan di Sabah dan Sarawak dalam semangat “Satu Malaysia”, kata bos gergasi barangan runcit, Mydin.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin memberitahu Bernama Radio dalam temu bual pagi ini bahawa program itu diperlukan di negeri yang kos barangannya lebih tinggi daripada di semenanjung.

“Harga Mydin di sana juga lebih tinggi. Tetapi Menu Rahmah berjiwa Satu Malaysia.

“Kami berhasrat untuk menyediakannya di sana. Saya rasa hari ini atau esok, bermula di Sandakan, Sabah, manakala di Kuching, Sarawak, kami mempunyai dua cawangan. Harganya sama sahaja iaitu RM4.90.

“Ini supaya rakyat Sabah dan Sarawak tidak akan berasa terpinggir,” katanya dalam temu bual itu.

Program Menu Rahmah dilancarkan pada 31 Januari oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub, bertujuan memastikan golongan B40 khususnya mampu membeli makanan di restoran pada harga yang berpatutan.

Hidangan penuh protein, sayur-sayuran dan nasi dengan minuman berharga RM5 sahaja, dan boleh didapati di 15,000 restoran yang mengambil bahagian di seluruh negara.

Kedai makan ini terdiri daripada kira-kira 12,000 restoran mamak, 800 restoran India, 500 kedai tom yam yang berpusat di Kuala Lumpur dan semua cawangan Mydin.

Mengulas lanjut, Ameer berkata, idea Menu Rahmah tercetus selepas peniaga restoran tidak bersetuju dengan saranan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli supaya pengguna memboikot kedai makan yang gagal menurunkan harga walaupun kos bahan mentah lebih murah.

Selepas peniaga menyatakan kebimbangan mereka terhadap gesaan Rafizi, kerajaan kemudiannya mengadakan sesi pertemuan dengan mereka yang diketuai oleh Salahuddin.

“Kami tidak bersetuju (dengan gesaan boikot Rafizi kepada pengguna). Salahuddin mengadakan pertemuan dengan kami, Presma (Persatuan Pemilik Restoran Muslim Malaysia), Persatuan Pemilik Tomyam Malaysia dan peniaga lain, dan kami memberitahunya cabaran dihadapi kami.

“Beliau kata  tidak akan memaksa kami menurunkan harga tetapi meminta kami (jalan) penyelesaian untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan mendapatkan makanan yang lebih murah.

“Beliau tidak marah, tidak memaksa, beliau mendengar keluhan kami dan menggunakan alasan. Jadi saya rasa, Mydin akan mencubanya.

“Menteri bertanya kepada kami bila kami boleh mula, dan saya kata, kami boleh mula esok,” katanya.  – The Vibes, 3 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Ada Diskaun Istimewa Untuk Penjual Menu Rahmah’ - Mydin

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Cakna Isu Semasa, Mydin Malaysia, Lotus’s Malaysia ‘Bersaing Pikat Pengundi’ 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Menu Rahmah Jadi Buruan, Bantu Rancakkan Perniagaan Kedai Makan

4

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Kos Sara Hidup Terus Jadi Tumpuan Kerajaan - Rafizi

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 13 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran